Utusan Borneo (Sarawak)

JHEVATM terima 10 permohonan bantuan sara hidup ahli tiada pencen

-

LIMBANG: Sebanyak 10 permohonan diterima Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEVATM) Sarawak untuk mendapat pemberian bantuan sara hidup secara bulanan kepada bekas tentera tidak berpencen di daerah ini.

Penolong Pengarah JHEVATM Sarawak Kapten Farizal Hashim berkata pihaknya sedaya upaya menbantu anggotanya yang layak untuk menerima bantuan sara hidup secara bulanan sebanyak RM300.

Katanya bantuan sara hidup diberikan kepada bekas tentera yang tidak berpencen dan balu bagi menghargai jasa mereka mempertaha­nkan negara.

“Di Limbang kita turun padang menyiasat dan mengenal pasti masalah dihadapi bekas anggota tentera ingin mendapatka­n bantuan sara hidup,” katanya pada lawatan ke kediaman seorang ahli Persatuan Veteran,Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Limbang Moris Lang 71, di Kampung Pelita semalam.

Turut sama ialah Wali Kota Majlis Daerah Limbang ( MDL) Kaunselor Sufian Mohat, pengerusi PVATM Junaidi Kamit dan ahli-ahli PVATM Limbang.

Farizal berkata kebanyakan bekas tentera yang tidak berpencen (15 tahun perkhidmat­an) memerlukan bantuan itu kerana kebanyakka­n mereka ada yang sudah uzur dan menghidap pelbagai penyakit.

“Bantuan sara hidup diberi kepada bekas pegawai dan anggota lain pangkat tidak berpencen sebagai menghargai jasa memberikan khidmat serta mempertaha­nkan negara daripada ancaman musuh,” ujarnya.

Mengulas lanjut katanya pihaknya akan cuba mem- bantu keperitan yang dihadapi Moris yang kini menghidap penyakit strok dan hilang ingatan sejak 2012.

Moris kini dijaga oleh isterinya Chua Spun 63 bersama lima orang cucunya.

Keluarga itu memerlukan bantuan daripada PVATM Limbang untuk meringanka­n penderitaa­n Moris yang memerlukan penjagaan.

Pada masa ini PVATM Limbang mempunyai seramai 93 ahli berdaftar.

Beliau turut menggesa supaya bekas anggota veteran tentera tidak berpencen supaya mendaftark­an diri sebagai ahli persatuan itu.

Pada majlis itu PVATM Limbang turut menyerahka­n sumbangan kepada Moris selain sumbangan daripada Temenggung Jarum berbentuk peralatan mendengar yang disampaika­n oleh Nawi Jarum kepada Moris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia