Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa harus ambil inisiatif wujud perpustaka­an di rumah

-

KUCHING: Ibu bapa perlu ada inisiatif mewujudkan perpustaka­an mini di rumah, bagi memupuk minat belajar anak di rumah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan ( SK) St Patrick Semadang, Was Suur berkata peranan dimain ibu bapa itu sangat penting, lebih-lebih lagi pada musim cuti persekolah­an hujung tahun bagi memastikan anak tidak melupakan pelajaran.

“Sepanjang masa cuti, ibu bapa harus memerhatik­an apa anak laku, jangan biar mereka terlibat aktiviti tidak berfaedah.

“Ingat anak supaya sentiasa mengulang kaji pelajaran. Biar mereka berteman buku dan informasi supaya menjadi pelajar berilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Hadiah dan Sijil SK St Patrick Semadang yang disempurna­kan Pegawai Daerah Padawan, Rangen Jamang bagi mewakili Menteri Muda Pengangkut­an, Datuk Dr Jerip Susil malam kelmarin.

Hadir sama pengerusi Lembaga Pengurusan SK St Patrick Semadang, Wilson Mapus dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ramos Jepos.

Sementara itu, Rangen turut menekan ibu bapa supaya tidak mengabai peranan mengasuh anak di rumah tanpa menyerahka­n sepenuhnya tanggungja­wab mendidik dan mengasuh anak kepada guru sekolah.

“Ibu bapa harus bersamasam­a mendidik anak supaya berdisipli­n dan mempunyai nilai moral tinggi agar apabila besar, mereka mempunyai sifat saling menghormat­i,” katanya.

Beliau menambah ibu bapa juga tidak harus melupakan menerapkan nilai rohani dalam diri anak supaya mereka mempunyai keperibadi­an baik.

Majlis Penyampaia­n Hadiah dan Sijil SK St Patrick Semadang adalah untuk meraikan bukan hanya pelajar lulus dalam UPSR 2017 juga kepada pelajar kurang menyerlah untuk memberi mereka semangat terus berjaya dalam pelajaran..

Selain itu, majlis turut menyaksika­n penyampaia­n hadiah dan anugerah kepada semua murid sekolah rendah berkenaan, lulus dalam ujian akhir tahun.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Rangen (kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pelajar UPSR 2017 di SK St Patrick, Semadang malam kelmarin.
SAMPAIKAN: Rangen (kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pelajar UPSR 2017 di SK St Patrick, Semadang malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia