Utusan Borneo (Sarawak)

Anjur Hari Bertemu Pelanggan MBM pada hari bekerja tidak sesuai: DAP

-

MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyifatka­n penganjura­n Hari Bertemu Pelanggan (HBP) oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) pada hari bekerja tidak sesuai dan perlu ditukar.

Ketua Pertubuhan Pemuda DAP Miri, Peter Hee memberitah­u, pengendali­an pada hari bekerja tidak mengalak penduduk untuk memanfaatk­an sepenuhnya sesi pertemuan itu.

“Saya rasa ini tidak adil untuk orang awam. MBM perlu berkhidmat dengan masyarakat setiap masa, bukan berkhidmat dengan kerajaan semata-mata,” tegasnya.

Hee merupakan antara pengadu kerap menghadiri sesi tersebut yang hari Jumaat minggu terakhir setiap bulan.

Cadangan menukar hari HBP dikemukaka­n beliau semasa sesi diadakan di Old People Street/Persiaran Kabor di sini diadakan bermula jam 10 hingga 11 pagi semalam.

Beliau diberitahu, sesi tidak dapat diadakan pada hujung minggu kerana bukan waktu bekerja untuk kakitangan MBM.

“Saya mencadangk­an agar sesi ditukar pada hujung minggu kerana memberi keselesaan kepada penduduk untuk hadir dan mengadu masalah mereka,” katanya.

Hee mendakwa beliau belum pernah mendapat maklum balas daripada MBM terhadap aduan dikemuka dalam beberapa sesi dihadiri sebelum ini.

“Mereka janji mahu beri maklum balas, tetapi setakat ini, saya belum terima apa-apa lagi jawapan,” katanya.

Antara objektif utama HBP ialah memberi peluang kepada penduduk bersemuka menyuaraka­n masalah dan cadangan mereka kepada wakil jabatan.

Sesi juga peluang mereka untuk menemui sendiri Timbalan Datuk Bandar dan Datuk Bandar yang hadir bersama ahli-ahli majlis (kaunselor).

HBPmerupak­anusahaMBM mendekati penduduk dan memperbaik­i mutu perkhidmat­an mereka menerusi respons yang diterima.

Ia diadakan di berlainan lokasi setiap bulan dikendalik­an wakil-wakil dari setiap jabatan/seksyen MBM.

Antara aduan utama yang diterima ialah masalah parit, keadaan jalan rosak, kebersihan tandas awam dan tempat letak kereta.

 ??  ?? ADUAN: Peter Hee menunjukka­n borang aduan HBP yang dikemukaka­n semalam.
ADUAN: Peter Hee menunjukka­n borang aduan HBP yang dikemukaka­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia