Utusan Borneo (Sarawak)

Batalion Ke-12 PGA Miri juara pertanding­an menembak

-

MIRI: Batalion Ke-12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri dinobat sebagai juara pertanding­an menembak jatuh piring antara jabatan kerajaan di Lapang Sasar PGA Lambir, di sini semalam.

Manakala Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) Miri berada di tempat kedua dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memenangi tempat ketiga.

Agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysian (JKDRM) mendapat tempat keempat dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di tempat kelima.

Pertanding­an ini pertama kali diadakan melibatkan jabatan kerajaan anjuran Batalion Ke- 8 Rejimen Sempadan (RS).

Pegawai Memerintah 8 RS Leftenan Kolonel Shamsul Bahari Che Soh berkata pertanding­an seumpama ini diadakan bagi membolehka­n pasukan batalion Ke-8 berinterak­si dan mengenali jabatan-jabatan kerajaan lain di bahagian ini.

“Pasukan ini masih lagi baharu di Miri memandangk­an ia ditubuh mulai April tahun lepas dan program seumpama ini perlu agar tentera saling kenal dengan agensi kerajaan lain.

“Selain itu, pertanding­an ini turut diada semasa pasukan melakukan latihan menembak tahunan anggota tentera diadakan mulai 20 November dan berakhir hari ini (semalam),” katanya ketika ditemubual pemberita selepas majlis pen- yampaian hadiah kepada pemenang berlangsun­g semalam.

Dalam pada itu, Shamsul Bahari berkata latihan menembak individu dan berkumpula­n bagi anggota tentera diadakan setiap tahun bagi menilai pencapaian anggota dalam menggunaka­n senjata.

“Memandangk­an kebanyakan anggota Batalion Ke-8 merupakan anggota baharu pusat latihan, maka menjadi tanggungja­wab memastikan mereka sekurang-kurangnya memperoleh Kelas 2 dalam menembak individu,” katanya.

Turut hadir Penolong Pegawai Memerintah Mejar Nor Azhar Zainuddin dan Ketua Kompeni Markas Batalion Ke8 RS Mejar Mamat Hasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia