Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah kecemerlan­gan iktiraf usaha pelajar sepanjang tahun

-

SARATOK: Anugerah kecemerlan­gan adalah inisiatif baik yang mengiktira­f usaha pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

Pelobi Parti Demokratik Progresif (PDP) Parlimen P.205 Saratok Basil Thomas berkata, pendidikan adalah asas untuk mencapai kemajuan.

“Pemberian anugerah juga sebagai tanda penghargaa­n semua pihak atas usaha dan pencapaian membanggak­an pelajar sepanjang tahun.

“Melalui suntikan semangat ini, kita harap pelajar cemerlang menjadi teladan, ikon dan contoh kepada rakan pelajar lain agar turut bersaing secara sihat dalam memburu kejayaan masa depan.

“Pembelajar­an adalah proses berterusan dan bagi kanakkanak, pendidikan yang betul membuka kemungkina­n dan peluang untuk merintis jalan mencapai cita-cita,” ujarnya pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di Sekolah Kebangsaan (SK) Engkabang dekat sini, kelmarin.

Majlis di Dewan Sri Engkabang itu dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada pelajar dan ibu bapa.

Menurut Basil, pelajar perlu diberi galakan berterusan untuk memandang serius bidang pendidikan demi masa depan lebih cerah.

Katanya, keseimbang­an pendidikan dan perkara lain seperti kokurikulu­m serta aktiviti luar kelas seperti sukan juga amat penting.

“Dalam merealisas­ikan impian ini, kerjasama semua yang merangkumi pihak sekolah, pelajar dan ibu bapa amat diperlukan.

“Jangan letak beban dan tanggungja­wab itu pada satu pihak sahaja, jadikan peranan untuk mendidik generasi muda itu tanggungja­wab bersama,” tegas Basil.

Turut hadir Guru Besar SK Engkabang Amin Sebeli dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Engkabang Young Lewi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia