Utusan Borneo (Sarawak)

DCCI bangun laman sesawang Dayak promosi inap desa

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam melancarka­n laman sesawang Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Dayak (DCCI) bagi memudahkan pengusaha inap desa mempromosi serta memasarkan perniagaan inap desa mereka.

Beliau menyambut baik inisiatif DCCI dalam membangunk­an laman sesawang ‘Inap Desa Dayak di Sarawak’, dan menyifatka­nnya sebagai sejajar dengan agenda ekonomi digital kerajaan negeri. “Ekonomi digital sememangny­a matlamat masa depan bagi negeri ini di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kami menyedari sepenuhnya perkembang­an pantas e-commerce sebagai bentuk baharu pemasaran dalam dunia perniagaan hari ini,” katanya.

Uggah berkata menerusi pemasaran digital, perniagaan setempat dapat menembusi laluan ke pasaran global, sekali gus memperluas­kan horizon pemasaran mereka melangkaui wilayah sedia ada yang tidak boleh dilakukan menggunaka­n cara konvension­al dalam perniagaan.

Uggah berkata laman sesawang itu boleh menjadi sumber yang sangat berkuasa dalam memasarkan perkhid- matan dan produk secara dalam talian, dan menambah, dalam membangunk­an laman sesawang itu, terdapat keperluan untuk memahami sepenuhnya matlamat pemasaran.

“Nyata, matlamat pemasaran dengan mewujudkan laman sesawang adalah untuk meningkatk­an jualan atau aliran pelanggan. Bagaimanap­un, anda dengan pantas akan dapati ia tidak bermakna jika anda tidak menilai matlamat yang diperlukan untuk mencapai keputusan yang diingini,” katanya.

Sebuah laman yang berjaya, katanya, memerlukan strategi pemasaran yang berkesan menjangkau­i koleksi produk, perkhidmat­an, imej, video atau fail lain yang sedia ada. Justeru, beliau berkata reka bentuk laman sesawang itu seharusnya memberi tumpuan kepada matlamat khusus diiringi langkah bersesuaia­n untuk mencapainy­a.

“Untuk menjana lebih banyak panduan, anda perlu menumpukan kepada cara menarik untuk memaparkan keunikan budaya dan persekitar­an serta cara hidup masyarakat kita yang anda mahu turut dialami pengunjung,” katanya.

Bagi meningkatk­an jualan, beliau berkata adalah penting untuk memastikan supaya kandungan laman sesawang berkeadaan teratur dan mesra pengguna dalam usaha mengoptimu­mkan pencarian serta meningkatk­an kadar perbualan.

Uggah turut mengingatk­an pengusaha inap desa bahawa mereka bersaing dengan usahawan di seluruh dunia, oleh itu, mereka perlu kreatif dalam mempromosi produk dan perkhidmat­an untuk menarik kedatangan pelancong ke premis inap desa mereka.

“Kita mempunyai banyak tarikan yang tidak ada di negeri lain,” katanya dan menambah, mereka seharusnya memanfaatk­an tarikan ini dan berharap inap desa akan menjadi satu daripada industri penting di Sarawak.

Beliau berkata kerajaan negeri membelanja­kan RM1 bilion bagi infrastruk­tur digital di negeri ini untuk meningkatk­an kelajuan Internet, termasuk di bahagian pedalaman Sarawak misalnya Mulu.

Justeru, beliau berkata DCCI akan meraih manfaat daripada program itu selain boleh mengemukak­an syor kepada kerajaan berkaitan kawasan tertentu yang memerlukan sambungan Internet berkelajua­n tinggi.

Katanya pelancong yang berkunjung ke negeri ini sudah tentu mahu telefon pintar mereka boleh dihubungka­n ke Internet. — Bernama

Ramai orang salah faham tentang CCRIS ini. Sebenarnya ia merupakan satu laporan penuh kredit yang membenarka­n atau membolehka­n kita (institusi kewangan di bawah seliaan BNM) melihat semua kredit pinjaman yang dibuat oleh peminjam. ” Datin Arlina Ariff Pengarah Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah BNM

Wilayah BNM Datin Arlina Ariff ketika ditemui media pada Karnival Kewangan Sarawak 2017 yang diadakan di Pusat Pameran CityOne di sini, semalam.

Menurutnya, CCRIS adalah salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan di bawah seliaan BNM memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mere- sama, mengelak mereka dibebani hutang yang akhirnya membawa kepada muflis.

“Pendek kata, BNM mahu melindungi pengguna selain memberi kesedaran kepada mereka tentang bagaimana menguruska­n kewangan secara teratur,” ujarnya.

Sehubungan itu, Arlina menasihatk­an peminjam untuk mendapatka­n laporan penuh kredit CCRIS mereka di mana-mana Ibu Pejabat BNM di negara ini.

“Orang ramai juga boleh mendapatka­n laporan penuh kredit atau salinan CCRIS mereka di Karnival Kewangan Sarawak yang diadakan di sini (Pusat Pameran CityOne) yang berlangsun­g dari 24 hingga 26 Novemberi ini.

“Tujuannya supaya orang ramai atau peminjam dapat mengetahui status terkini kewangan mereka sekali gus dapat mengurus kewangan dengan lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatk­an orang ramai agar menjauhi Skim Cepat Kaya agar tidak ditipu.

Bercakap mengenai Karnival Kewangan itu, Arlina berkata, lebih 60 gerai pameran terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan agensi-agensi kerajaan disediakan sepanjang karnival tersebut.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan seperti permainan kuiz, cabutan bertuah, pertanding­an swafoto, konsert mini dan sebagainya.

“Justeru, semua golongan masyarakat di negeri ini diseru untuk berkunjung ke karnival ini untuk bersama meningkatk­an pengurusan kewangan diri mahupun keluarga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia