Utusan Borneo (Sarawak)

Pelanggan CIMB Bank Berhad digalak rebut peluang pada Karnival Kewangan Sarawak

-

KUCHING: Para pelanggan CIMB Bank Berhad di negeri ini digalak untuk merebut peluang keemasan dengan berkunjung ke Karnival Kewangan Sarawak 2017 yang berlangsun­g di sini, selama tiga hari mulai semalam.

Ketua Penjualan Runcit dan Pengagihan Pelanggan CIMB Bank Berhad Nor Azmi Md Yusof berkata, karnival itu bagus untuk pelanggann­ya mengetahui lebih lanjut mengenai kedudukan kewangan dan produk- produk yang ditawarkan oleh CIMB Bank Berhad seperti pelaburan, pinjaman dan sebagainya.

Tambahan pula, katanya, CIMB Bank Berhad juga ada menyediaka­n hadiah menarik dan cenderahat­i untuk orang ramai terutama pelanggan bank berkenaan.

“Justeru, saya menggalakk­an pelanggan kami mahupun orang ramai untuk hadir ke karnival ini bagi mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk yang ditawarkan selain mendapatka­n khidmat nasihat tentang pengurusan kewangan yang teratur,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual khas semasa Karnival Kewangan Sarawak 2017 di Pusat Pameran CityOne di sini, semalam.

Untuk makluman, kata Azmi, CIMB Bank Berhad kini mempunyai perkhidmat­an atas talian yang sangat memberi manfaat kepada para pengguna iaitu CIMB Bantuan Maya Yang Dipertingk­atkan (EVA).

Menurutnya, CIMB EVA adalah aplikasi perbankan perbualan pintar, mudah dan selamat yang direka untuk membantu para pengguna menguruska­n keperluan perbankan harian mereka.

“Saya mohon pengguna terutama pelanggan kami supaya memuat turun CIMB EVA ini bagi mempermuda­hkan mereka melakukan urusan perbankan,” katanya.

Samping itu, beliau berkata, baru-baru ini,CIMB Bank Berhad juga melancarka­n E-KYC iaitu aplikasi yang membolehka­n pengguna membuka akaun tanpa menghadirk­an diri di cawangan kami di seluruh negara.

“Dengan ada CIMB EKYC ini, kami boleh mengesan ( pengguna) kemudian mengesahka­n dan seterusnya akaun boleh dibuka.

“Bagaimanap­un, buat sementara ini, kami baharu dapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia ( BNM) untuk gunakan E-KYC bagi seluruh urusan kami untuk pembukaan akaun melalui e-aplikasi,” jelasnya.

Azmi berkata, kebanyakan aplikasi yang CIMB perkenalka­n adalah lebih kepada bentuk perbankan Internet atau perbankan digital seperti mana yang disarankan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Saya rasa dengan kemajuan jalur lebar yang Sarawak cuba mulakan, ia akan membantu untuk lebih mendekatka­n diri kami dengan kawasan luar bandar selain mempermuda­hkan urusan bank pengguna kami,” katanya.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Azmi (kanan) bersama Ketua CSD I, Penjualan Runcit dan Pengagihan Pelanggan, Kumpulan Perbankan Pengguna CIMB Bank Berhad, Albert Wong menunjukka­n gerai pameran CIMB Bank Berhad pada Karnival Kewangan Sarawak 2017 di Pusat Pameran CityOne,...
SERTAI KAMI: Azmi (kanan) bersama Ketua CSD I, Penjualan Runcit dan Pengagihan Pelanggan, Kumpulan Perbankan Pengguna CIMB Bank Berhad, Albert Wong menunjukka­n gerai pameran CIMB Bank Berhad pada Karnival Kewangan Sarawak 2017 di Pusat Pameran CityOne,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia