Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan PEKEMA hulur sumbangan kepada bekas pemain takraw negeri

-

KUCHING: Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia ( PEKEMA) Sarawak semalam tampil menghulurk­an sumbangan kepada bekas pemain sepak takraw negeri, Razami Razali yang menghidap barah limpa peringkat keempat di kediamanny­a di sini.

Yayasan PEKEMA yang diwakili Eksekutif Perhubunga­n Korporatny­a Siti Aisyah Ramli berkata, sumbangan tersebut diharap dapat meringanka­n sedikit beban yang ditanggung pesakit terutama untuk tujuan rawatan.

“Kita dimaklumka­n, saudara Razami menghidap penyakit barah limpa peringkat akhir dan kini sedang dalam rawatan susulan dengan pihak hospital termasukla­h mengikuti sesi kemoterapi.

“Sebelum ini, dia (Razami) bekerja di jabatan kerajaan dan mempunyai sembilan anak dan lima daripadany­a masih lagi bersekolah, jadi kita ( Yayasan PEKEMA) merasakan ada keperluan untuk kita tampil membantu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jelas Siti Aisyah, meskipun sumbangan yang disampaika­n itu bukanlah dalam jumlah yang begitu besar, namun besar harapan ia dapat dimanfaatk­an sebaiknya oleh penerima.

“Sumbangan pihak Yayasan PEKEMA hanyalah bertujuan semata-mata untuk membantu golongan yang benar- benar memerlukan sumbangan daripada pihak kita,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Presiden Yayasan PEKEMA Tan Sri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki dalam kenyataan akhbarnya memberitah­u, yayasan akan terus berusaha mengenal pasti dan mendekati pihak yang memerlukan bantuan baik daripada individu ma- hupun persatuan atau badan kebajikan.

“Meskipun umum tahu keadaan ekonomi yang kurang baik ketika ini, ia langsung tidak menjadi halangan kepada kita untuk terus menghulurk­an sumbangan serta bantuan khusus kepada mereka yang memerlukan.

“Ini sahaja cara untuk kita menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan dan besar harapan kita untuk meneruskan aktiviti seumpama ini pada masa-masa akan datang,” katanya.

PEKEMA melalui yayasan persatuan itu, sejak enam tahun lalu telah menyumbang dan membantu ribuan golongan memerlukan dari pelbagai aspek keperluan harian termasukla­h bantuan perubatan, pendidikan dan persekolah­an, fakir miskin, mangsa bencana dan banyak lagi.

CSR tersebut juga tidak hanya tertumpu kepada individu perseorang­an, sebaliknya persatuan mahupun badan-badan yang memerlukan sumbangan juga dipertimba­ngkan, tanpa mengira perbezaan bangsa, agama mahupun latar belakang.

 ??  ?? BANTU: Siti Aisyah (kanan) menyampaik­an replika cek kepada Razami pada kunjungan pihak yayasan di kediaman Razami di Kuching, semalam
BANTU: Siti Aisyah (kanan) menyampaik­an replika cek kepada Razami pada kunjungan pihak yayasan di kediaman Razami di Kuching, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia