Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah Hartanah Malaysia anjuran FIABCI Malaysia hari ini

-

KUCHING: Anugerah Hartanah Malaysia (MPA) akan diadakan hari ini, (25 November) di Kuala Lumpur.

MPA merupakan anjuran FIABCI Malaysia dan ditaja oleh Malayan Banking Berhad (Maybank), sementara Oriental Daily sebagai media rasmi majlis.

Majlis penganuger­ahan akan dihadiri Presiden FIABCI seluruh dunia, Farook Mahmood dan akan dirasmikan oleh Tetamu Kehormat Diraja Yang-di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tu- anku Munawir.

Tahun ini MPA menyanbut ulang tahun yang ke-25 dan majlis dihadiri tetamu industri perumahan dan hartanah di Malaysia dan juga luar negara.

Seramai 14 pemenang akan menyertai FIABCI World Prix d’Excellence Award tahun ini untuk merebut anugerah tersebut di pentas antarabang­sa bersama pemaju dan pemain industri antarabang­sa yang lainnya.

Sejak dimulakan pada 1992 ia merupakan penganuger­ahan istimewa kepada pemaju di Malaysia tidak kira berapa luas kawasan dimaju tetapi menunjukka­n kecemerlan­gan dalam setiap aspek binaannya.

Ia juga dikenali sebagai anugerah ‘Oscar’ bagi pembanguna­n perumahan dan hartanah.

MPA merupakan anugerah berprestij yang mana menjadi impian bagi ramai pemilik dan pemaju hartanah yang menunjukka­n kecemerlan­gan pembanguna­n projek dibangun pihaknya.

Ia mewakili penghargaa­n standard di dalam profesiona­lisme industri perumahan dan hartanah

Terdahulu sebanyak enam anugerah telah disampaika­n awal tahun ini dan diikuti sebanyak 18 anugerah akan disampaika­n di majlis itu nanti.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.fiabci.com.my.

 ??  ?? CEMERLANG: Pemenang Emas FIABCI World Prix d’Excellence Award 2017.
CEMERLANG: Pemenang Emas FIABCI World Prix d’Excellence Award 2017.
 ??  ?? TAHNIAH: Pemenang Malaysia Property Award 2016.
TAHNIAH: Pemenang Malaysia Property Award 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia