Utusan Borneo (Sarawak)

PPKS/i-CTAS Miri hargai kakitangan pada hari keluarga

-

MIRI: Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) di sini tidak putus-putus menghargai sumbangan kakitangan syarikat serta mengeratka­n hubungan sesama keluarga dengan menganjurk­an Hari Keluarga PPKS/i-CATS Miri 2017.

Program diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini turut dimeriah dengan kehadiran kakitangan PPKS Savti Bekenu.

Bertemakan ‘Piala Dunia FIFA 2017’, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti beberapa acara sukaneka berkumpula­n dan juga majlis makan malam.

Menarik pada hari keluarga kali ini, PPKS/i-CATS Miri turut menyambut ulang tahun ke-10 penubuhan kampusnya di sini dan menganuger­ahkan Perkhidmat­an Setia Satu Dekad kepada kakitangan­nya.

Pengarah Eksekutif PPKS Hallman Sabri berkata penganjura­n program seperti ini amat penting bagi setiap organisasi kerana secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama serta saling memahami satu sama lain antara kakitangan.

“Kakitangan diingatkan kepentinga­n keluarga hendaklah didahuluka­n kerana keseimbang­an kerja dan kehidupan akan melahirkan pekerja yang produktif,” katanya ketika berucap semasa acara majlis makan malam program tersebut.

Turut hadir pada majlis makan malam ialah Pengurus Kanan Korporat Stanley Gona, Pengarah Kampus PPKS Miri John Rizal Biki dan Ketua Pengawai Eksekutif i-CATS Mohamad Isham Fauzi.

Pengerusi Kelab Sosial dan Rekreasi Staf (SRSC) PPKS Miri Salfarina Nomie Mohd Syaifuddin berterima kasih kepada semua penaja iaitu Doho and Sons Sdn Bhd, SA Security Services, Mega Hotel Sdn Bhd, Marriot Resort Hotel & Spa, Parkcity Everly Hotel, Kelvin Trading, Dynasty Hotel, Unique Copy Trading, Mesti Makmur Sdn Bhd, Sarawak Electrical Company, Sarawak Oil Palms Berhad, Pana & Sons, Impian Sedar Enterprise dan Miri Agri Products Sdn Bhd atas sumbangan dan tajaan bagi program tersebut.

Program Hari Keluarga PPKS/i-CATS merupakan anjuran Kelab SRSC yang diadakan setiap tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia