Utusan Borneo (Sarawak)

Platform kayu dekat Pusat Warisan Sibu diroboh untuk projek landskap

-

SIBU: Platform kayu berhampira­n Pusat Warisan Sibu telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek landskap di kawasan lapang di situ. Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS), Rogayah Jamain berkata, struktur yang dibina pada tahun 2011 itu jarang digunakan.

“Pihak majlis telah memutuskan untuk menggantik­annya dengan kerja-kerja landskap bagi mencantikk­an kawasan itu,” ujarnya.

Rogayah berkata, kerjakerja meroboh telah bermula minggu ini dan dijangka siap menjelang akhir bulan.

“Projek landskap ini nanti bagaimanap­un tidak akan melibatkan penanaman pokok-pokok,” jelasnya apabila ditanya berhubung kerjakerja merobohkan struktur kayu tersebut.

Menyentuh mengenai permohonan penduduk di Jalan Bukit Penyau, Salim agar kutipan sampah di kawasan terbabit lebih kerap dilakukan, beliau memberitah­u kekerapan kutipan sampah akan dikekalkan seperti sedia kala.

Katanya, kutipan sampah di situ dilakukan tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

Penduduk memohon kekerapan kutipan sampah di situ dilakukan berikutan kehadiran anjing liar di situ yang menyelongk­ar sampah-sarap yang dibuang oleh penduduk.

Keadaan i tu telah menyebabka­n sampah-sarap di kawasan terbabit berselerak serta menimbulka­n bau yang kurang menyenangk­an.

Rogayah juga memberitah­u, pihak majlis akan menghantar pasukan penangkap anjing ke kawasan terbabit.

 ??  ?? ROBOH: Kerja-kerja merobohkan platform kayu berhampira­n Pusat Warisan Sibu sedang dijalankan.
ROBOH: Kerja-kerja merobohkan platform kayu berhampira­n Pusat Warisan Sibu sedang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia