Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP terus komited tunai janji di Parlimen Lanang

-

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terus komited menunaikan janjinya kepada penduduk rumahrumah panjang dan sekolahsek­olah di konstituen­si Parlimen Lanang.

Janji-janji itu dibuat ketika pasukan jentera SUPP/Barisan Nasional (BN) P.211 Lanang melawat rumah panjang dan sekolah baru-baru ini semasa program turun padang mereka.

“Pasukan SUPP/BN P.211 Lanang menunaikan janjijanji untuk mengurangk­an beban penduduk di kawasan luar bandar dengan memberi sumbangan mengikut kemampuan,” kata salah seorang calon berpotensi SUPP bagi kerusi Parlimen Lanang Kelvin Kong di sini, kelmarin.

Jelasnya, dengan sumbangan sedemikian diharap calon SUPP/BN mendapat sokongan padu daripada rakyat supaya dapat memenangi kerusi P.211 Lanang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada penggal pertama tahun 2018.

“Sekiranya kita berjaya menawan balik kerusi Parlimen Lanang, maka kami akan bertekad memberi pertolonga­n yang lebih meluas dari segi membawa pembanguna­n dan perubahan di kawasan sekitar luar bandar termasuk kemudahan infrastruk­tur, jalan raya, lampu, bekalan elektrik dan air, telekomuni­kasi, kesihatan, keadaan persekolah­an dan sebagainya” ujarnya.

Selain sumbangan berbentuk ‘Touch Point Fund’ yang diterima beberapa rumah panjang dan sekolah, sumbangan sistem bunyi (PA dan set karaoke) turut disumbangk­an kepada Rumah Lyn Banyih, Rumah Steve Chaong, Rumah Pop Chendang dan Rumah Setia Ulek di kawasan Sungai Naman dan Durin.

Katanya, apa yang dijanjikan akan ditepati oleh BN dan juga mengatakan sumbangan berkenaan hanya sebagai satu permulaan untuk membantu dan mengurangk­an beban rakyat di luar bandar.

Beliau turut memberi jaminan banyak lagi bantuan lain dari segi pembanguna­n di kawasan luar bandar akan disalurkan sekiranya BN dapat memenangi balik kerusi Parlimen Lanang pada PRU14.

Bercakap lanjut mengenai ‘Touch Point Fund’, beliau berkata, ia adalah dana yang memberi manfaat kepada penduduk rumah panjang untuk menaik taraf prasarana kecil-kecilan seperti jeti, laluan jalan kaki lima, lampu, kipas, jambatan, siling rumah, atap, tempat parkir kereta, peralatan dapur dan sebagainya yang dijalankan secara gotong-royong.

“Kita berharap sumbangan ini akan memberi manfaat kepada penduduk rumah panjang di kawasan Parlimen Lanang bagi membolehka­n mereka menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa,” tambahnya.

Sementara itu, Kelvin meminta sokongan padu dan bantuan kerjasama dari penduduk- penduduk luar bandar terutama kaum Iban demi perubahan dan pembanguna­n di halaman rumah panjang mereka.

“Jentera SUPP Lanang bersama komponen parti-parti BN yang lain sudah bersedia dan bekerjasam­a dengan semua lapisan masyarakat tidak kira di bandar atau luar bandar dengan sedaya upaya untuk memenangi semula kerusi Parlimen Lanang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia