Utusan Borneo (Sarawak)

PGPB sambut mesra kunjungan pelajar SMK Semop di Kuching

-

SIBU: Pertubuhan Graduan Pulau Bruit ( PGPB) menyambut mesra ketibaan rombongan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semop, Pulau Bruit yang mengadakan lawatan sambil belajar di Kuching baru-baru ini.

Rombongan itu terdiri daripada 20 pelajar sekolah bersama empat guru pengiring.

PGPB mengambil kesempatan itu dengan mengadakan jamuan makan malam ringkas sebagai tanda mengalualu­kan ketibaan mereka di Kuching buat pertama kali dan menyokong program tersebut.

Selain itu, lawatan itu juga menjadi platform buat PGPB untuk merapatkan hubungan dengan para pelajar SMK Semop yang juga merupakan ahli tunas PGPB.

Semasa jamuan itu, pelajar diberitahu bahawa PGPB sentiasa mengambil berat kepentinga­n anak muda terutama pelajar di Pulau Bruit dan menggesa supaya rajin belajar mencapai kecemerlan­gan dalam pendidikan.

Para pelajar juga digesa supaya mencapai keputusan cemerlang dalam Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM) sebagai penanda aras kecemerlan­gan SMK Semop yang baharu dibuka pada tahun 2016.

“Kami yakin dengan keu- payaan guru malah pihak PGPB akan mengadakan Program SKOR dan mentor mentee untuk pelajar Tingkatan 5 bagi memastikan kecemerlan­gan, namun perbincang­an dengan sekolah akan diadakan dlm masa terdekat,” kata Setiausaha Agung PGPB Raduan Serap.

Sementara itu, antara tujuan lawatan pelajar ke Kuching adalah untuk mewujudkan hubungan erat antara guru dan pelajar, meningkatk­an motivasi pelajar dalam pelajaran dan mendedahka­n pelajar kepada dunia luar.

Pelajar telah di bawa melawat ke Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tebingan Sungai Sarawak, Kuching (Waterfront), Kampung Budaya, pusat beli-belah dan Jambatan Darul Hana.

 ??  ?? ALBUM: Raduan (paling kiri) bergambar kenangan bersama pelajar SMK Semop yang mengadakan lawatan sambil belajar di Kuching, baru-baru ini.
ALBUM: Raduan (paling kiri) bergambar kenangan bersama pelajar SMK Semop yang mengadakan lawatan sambil belajar di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia