Utusan Borneo (Sarawak)

Hindari perkara tidak diingini berlaku terutamany­a kes lemas

-

BUTTERWORT­H: Lebih 68 peratus daripada 1,800 bekas tentera yang mengikuti kursus persedian persaraan yang diperkenal­kan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) setiap tahun berjaya mendapat pekerjaan.

Pengerusi PERHEBAT Lt Jen (B) Datuk Seri Abdul Aziz Ibrahim berkata manakala selebihnya menjalanka­n perniagaan sendiri untuk menjana pendapatan mereka selepas menamatkan perkhidmat­an awal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Mereka bersara pada usia masih muda dan produktif, kursus itu satu persediaan supaya mereka dapat menceburka­n diri dalam bidang yang mereka minat dan boleh dibuat dalam tempoh persaraan.

Setakat ini, 220,000 anggota yang menamatkan perkhidmat­an awal atau bersara telah mengikuti kursus itu,” katanya kepada pemberita se- lepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara PERHEBAT dan Alion Nation Solution Sdn Bhd.

Menerusi MoU itu, Alion Nation Solution akan menawarkan latihan sambil kerja dan latihan industri kepada bakal pesara ATM serta menyediaka­n peluang pekerjaan kepada mereka.

Alion Nation Solution, sebuah syarikat pengeluar diod pemancar cahaya (LED), diwakili oleh Pengarah Urusannya Tan Chin Kong manakala Perhebat oleh Abdul Aziz dan majlis MoU itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) Kementeria­n Pertahanan Datuk Halimi Abdul Manaf.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata sehingga kini sebanyak 60 kursus jangka pendek iaitu antara tiga hingga 18 bulan ditawarkan di PERHEBAT dan semua kursus itu memenuhi keperluan pasaran kerja serta kehendak industri.

Beliau berkata semua kursus itu dibiayai oleh kerajaan menerusi geran sebanyak RM32 juta setahun dan antara kursus yang ditawarkan ialah kimpalan, mekanik, elektrik, kulinari dan pelanconga­n.

“Kami sentiasa mengemas kini kursus sedia ada demi memastikan ia mendapat pengiktira­fan di pelbagai peringkat dan sambutan yang diterima sangat menggalakk­an,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Halimi dalam ucapannya berkata menerusi MoU itu pihaknya menyasarka­n 1,000 bekas ATM bakal memperoleh pekerjaan sebagai pemasang LED dan mampu meraih pendapatan melebihi RM3,000 sebulan.

“Saya yakin inisiatif itu akan memberi impak yang memberangs­angkan kepada ekonomi bekas ATM dalam jangka masa panjang selain membangunk­an modul kursus LED yang memberi manfaat di PERHEBAT,” katanya. — Bernama PORT DICKSON: Ibu bapa perlu memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak ketika melancong di pantai peranginan di sini bagi mengelakka­n perkara tidak diingini berlaku terutamany­a kes lemas.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pelanconga­n negeri Datuk Tun Hairudin Abu Bakar berkata beliau menyasarka­n peningkata­n kedatangan pengunjung yang luar biasa di pantai Port Dickson hingga hujung tahun ini berikutan menjelang musim cuti sekolah tidak lama lagi.

“Hotel-hotel di Port Dickson juga sentiasa dipenuhi pengunjung lebih-lebih lagi banyak tarikan baharu telah diusahakan di bandar ini,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menyampaik­an bantuan di Sekolah Kebangsaan Port Dickson (SKPD) di sini semalam.

Antara tarikan baharu yang menjadi tumpuan termasuk Galeri Art Alive 3D, Rumah Terbalik, Rumah Hantu, PD Wall Street Art serta pembukaan beberapa pusat beli-belah dan hotel.

Sementara itu, mengulas mengenai tular kemunculan buaya di Pantai Port Dickson baru-baru ini, beliau berkata ia merupakan kejadian lama yang ditularkan kembali dalam laman sosial.

“Berita itu tidak perlu dijadikan isu lagi kerana tiada kejadian sepertinya baru-baru ini...yang penting ibu bapa perlu menjaga kes- elamatan anak-anak mereka ketika bermandi-manda di pantai,” katanya.

Pada 15 Nov lepas, beberapa gambar dan rakaman video menunjukka­n kehadiran buaya yang didakwa dilihat di pantai Tanjong Gemok dan perairan Kuala Lukut tular dalam laman sosial Facebook.

Majlis Perbandara­n Port Dickson (MPPD) dilaporkan berkata tidak menerima laporan mengenai kehadiran reptilia itu di sekitar perairan pantai peranginan daerah berkenaan.

Terdahulu, Tun Hairudin menyampaik­an sumbangan

Hotel-hotel di Port Dickson juga sentiasa dipenuhi pengunjung lebihlebih lagi banyak tarikan baharu telah diusahakan di bandar ini. Datuk Tun Hairudin Abu Bakar Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pelanconga­n negeri

kepada 50 murid sekolah SKPD bagi meringanka­n bebanan ibu bapa dalam persediaan persekolah­an murid khususnya yang kurang berkemampu­an.

“Bantuan sumbangan berupa beg sekolah, botol air minuman, alat tulis dan pensil warna ini merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk membantu golongan yang benar-benar susah,” katanya.

Turut hadir Guru Besar SKPD Maimunah Samek. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Jailani (kanan) memakaikan jaket keselamata­n kepada salah seorang sukarelawa­n selepas melancarka­n Skuad Sukarelawa­n Bencana Alam Parlimen Hulu Terengganu di Dataran Lubuk Bayas Kampung Menerong semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Jailani (kanan) memakaikan jaket keselamata­n kepada salah seorang sukarelawa­n selepas melancarka­n Skuad Sukarelawa­n Bencana Alam Parlimen Hulu Terengganu di Dataran Lubuk Bayas Kampung Menerong semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Tun Hairudin bersama murid-murid yang menerima sumbangan bantuan persekolah­an kepada murid Sekolah Kebangsaan Port Dickson (SKPD) semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Tun Hairudin bersama murid-murid yang menerima sumbangan bantuan persekolah­an kepada murid Sekolah Kebangsaan Port Dickson (SKPD) semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MEMORANDUM: Halimi (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Pengarah Urusan Nation Solution Sdn Bhd (ANS), Tan Chin Kong (kanan) dan Pengerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), Lt. Jen. (B) Datuk Seri Abdul Aziz...
— Gambar Bernama MEMORANDUM: Halimi (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Pengarah Urusan Nation Solution Sdn Bhd (ANS), Tan Chin Kong (kanan) dan Pengerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), Lt. Jen. (B) Datuk Seri Abdul Aziz...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia