Utusan Borneo (Sarawak)

SPAD galak penumpang bas, teksi kemuka aduan melalui MeterOn

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) menggalakk­an pengguna perkhidmat­an bas membuat laporan pelanggara­n undang-undang melibatkan pengusaha bas dan pemandu melalui aplikasi MeterOn dalam telefon pintar.

Ketua Pegawai Operasinya Qamar Wan Noor berkata penumpang bas ekspres serta bas-bas berdaftar di bawah SPAD kini boleh menggunaka­n aplikasi MeterOn untuk membuat aduan terus kepada SPAD.

“Penumpang bas kini boleh memuat turun aplikasi MeterOn bagi telefon pintar iOS dan Android untuk membolehka­n mereka menyemak status syarikat bas ekspres atau terus melapor sebarang kesalahan di bawah bidang kuasa SPAD.

“Suruhanjay­a tidak teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang kepada pengendali ( bas dan teksi) yang didapati cuai dalam pengurusan operasi,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Menurutnya aplikasi yang diperkenal­kan sejak April 2015 itu sebelum ini hanya melibatkan penumpang teksi untuk mereka membuat aduan.

Dalam pada itu, Pengurus Jabatan Pengurusan Aduan SPAD Shahridan Abdul Aziz berkata sejak diperkenal­kan, sejumlah 35,000 pengguna telah memuat turun aplikasi itu.

“Setakat ini, kita telah menerima 1,821 aduan melalui MeterOn dan kebanyakan aduan melibatkan kes tata kelakuan pemandu taksi dan bas selain daripada aduan lebih had laju,” katanya.

Menurutnya melalui aplikasi itu pengguna bas boleh membuat aduan syarikat bas yang melanggar peraturan selain mendapatka­n beberapa maklumat lain berkaitan perjalanan dan destinasi bas terbabit melalui nombor pendaftara­n bas.

Sementara itu, bersempena musim cuti sekolah, perayaan Krismas dan sambutan tahun baharu, SPAD akan membuat penguatkua­saan 24 jam dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkut­an Jalan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan pihak berkuasa lebuh raya.

Operasi bermula semalam hingga 26 Nov bersempena cuti persekolah­an dan 22 Dis hingga 2 Jan 2018 bersempena perayaan Krismas serta sambutan tahun baharu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia