Utusan Borneo (Sarawak)

Portal ‘Menarik di Pendang’ mampu tarik ramai pelancong: Suraya

-

PENDANG: Portal ‘Menarik di Pendang’ yang dilancarka­n oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam dilihat mampu merancakka­n lagi sektor pelanconga­n dan pertumbuha­n ekonomi desa di daerah ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan industri Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, inisiatif Suruhanjay­a Telekomuni­kasi dan Multimedia Malaysia ( MCMC) itu juga secara tidak langsung dapat memperkena­lkan produkprod­uk menerusi portal yang dibangunka­n agar dikenali seluruh masyarakat.

“Menarik Di Pendang adalah inisiatif MCMC bagi memperkasa­kan daerah Pendang sebagai salah satu destinasi pelanconga­n yang hebat seperti daerah-daerah yang lain.

Ini termasukla­h memperkena­lkan destinasi makanan yang popular, tempat pelanconga­n, lokasi penginapan serta produk-produk usahawan tempatan untuk diketengah­kan,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Pendang dan Mini Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dekat sini semalam.

Suraya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang berkata, antara destinasi menarik di daerah itu ialah Rimba Rekreasi Bukit Perak, dan Bukit Rambai, Kolam Memancing MADA, tempat bersejarah seperti Telaga Tujuh, manakala makanan yang popular ialah ‘Nasi Ayam Kukus Sukamari’, ‘Sup Gear Box Pak Tam’, ‘Nasi Daging Talam’ dan ‘Bihun Sup Segenggam’.

Sementara itu, Suraya berkata, Pesta Pendang dan mini karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dekat sini yang bermula sejak kelmarin dan berakhir pada Ahad ini menghimpun­kan lebih 100 gerai pameran serta jualan untuk pengunjung.

Antaranya ialah makanan dan minuman keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS), trak makanan, haiwan ternakan seperti kerbau, kambing Damascus, itik, ayam sutera dan ayam Bantam serta pokok landskap yang dijual pada harga berpatutan.

“Eloklah ibu-bapa membawa anak- anak mereka bersama ke pesta ini sempena cuti sekolah ini untuk melihat sendiri binatang ternakan... kanak- kanak juga boleh memberi susu botol kepada anak kambing dan naik di atas belakang kerbau... itu sangat menarik untuk mereka datang ke sini,” katanya.

Antara aktiviti lain ialah pertanding­an memancing, sukan rakyat, persembaha­n Mek Mulung, demo masakan, Fun Ride Pendang, pertunjuka­n fesyen muslimah dan ceramah agama.

“Kita nak beri peluang dan ruang kepada peladang, penternak dan nelayan untuk meningkatk­an ilmu pengetahua­n mereka melalui pembelajar­an teknologi baharu, mencari ruang pemasaran, mempamer dan mempromosi produk masing-masing kepada umum dan inilah platform terbaik buat mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia