Utusan Borneo (Sarawak)

Rujuk pejabat daerah jika berlaku banjir

-

KUALA BERANG: Orang ramai perlu menjadikan pejabat daerah sebagai pusat gerakan utama dan rujukan apabila berlaku banjir.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata pusat gerakan banjir akan diketuai pegawai daerah dan disertai pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba.

“Pejabat daerah lebih mengetahui keadaan sebenar apabila berlakunya bencana berkenaan. Orang ramai juga boleh mendapatka­n maklumat sebenar dari pejabat daerah bagi mengelak timbul keresahan ekoran maklumat yang tidak tepat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Skuad Sukarelawa­n Bencana Daerah Hulu Terengganu di Kampung Menerong, di sini semalam.

Turut hadir Pengarah APM Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu Nasrudin Mahmud dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu Azmi Razik.

Skuad sukarelawa­n tersebut yang kini mempunyai 40 anggota merupakan yang pertama seumpamany­a yang dilancarka­n oleh kawasan parlimen dengan kerjasama agensi seliaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan seperti APM, bomba, polis dan Tel- ekom Malaysia Bhd.

Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata kementeria­annya dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membekalka­n radio amatur dan juga satelit bagi kawasan yang tiada liputan sekiranya berlakunya banjir.

“Dari segi persiapan tersebut, kita arahkan syarikat telekomuni­kasi bersedia untuk menghadapi sebarang bencana di samping meningkatk­an kecaknaan terhadap pencawang telefon. Manamana pencawang yang masih di tempat rendah...naikkan ke tempat yang lebih tinggi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia