Utusan Borneo (Sarawak)

APM tempatkan pasukan penyelamat pantai di Semporna

-

TAWAU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) bakal menempatka­n pasukan penyelamat pantai di Semporna sebagai persediaan menghadapi kes kecemasan di kawasan peranginan dan pusat rekreasi.

Ketua Pesuruhjay­a APM Mejar Jeneral Datuk Azmi Yahya berkata penempatan penyelamat pantai itu melihat kepada sesebuah kawasan yang sering menjadi tumpuan pengunjung dan Semporna merupakan pusat pelanconga­n terkenal.

“Di Sabah ada tiga ka- wasan penempatan pasukan penyelamat pantai, iaitu dua di Kota Kinabalu dan satu di Lahad Datu yang menjadi tumpuan pengunjung,” katanya selepas merasmikan penutupan kursus bakal pegawai dan guru penyelaras kadet APM zon tenggara, di sini semalam.

Pasukan ini diwujudkan menerusi kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Sementara itu, Azmi berkata pihaknya juga bakal mewujudkan Pasukan Tindak Pantas Komuniti di negeri ini yang akan dianggotai pegawai daerah dan ketua komuniti kawasan masing-masing.

“Anggota pasukan ini akan dilatih untuk menjadi yang pertama memberikan bantuan ketika berlaku bencana di kawasan masing-masing sebelum agensi penyelamat lain tiba,” katanya lagi.

Terdahulu, Azmi berkata pihaknya positif mencapai sasaran dua juta anggota pada akhir tahun ini serta tiga juta anggota akhir 2018, berdasarka­n sokongan semua pihak berkaitan.

“Sekarang kita ada 1.7 juta anggota. Saya yakin kita akan mencapai sasaran kerana setiap hari kita menerima pendaftara­n baru dan kita memang harapkan kerjasama semua pihak termasuk ahli politik dan akademik,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia