Utusan Borneo (Sarawak)

Projek jambatan konkrit ganti jambatan uzur manfaatkan penduduk Lorong 7, Kampung Jawa Gunda

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Penduduk di Lorong 7, Kampung Jawa Gunda di Jalan Kuching-Serian dekat sini kini menarik nafas lega apabila jambatan uzur yang menjadi laluan utama mereka merentasi Sungai Endap Jawa Gunda akhirnya dinaik taraf.

Ketua Kampung Jawa Gunda Ramad Ahmad berkata, pelaksanaa­n projek tersebut amat menggembir­akan 55 penduduk dari 10 rumah yang tinggal di lorong berkenaan, walaupun menunggu agak lama untuk mendapat jambatan baharu itu.

“Syukur, sekarang jambatan baharu sedang dibina untuk menggantik­an jambatan lama yang sudah tidak selamat digunakan lagi,” katanya ketika ditemui.

Menurut Ramad, jambatan lama berstruktu­r kayu itu telah dibina lebih 20 tahun lalu untuk kemudahan penduduk menyeberan­gi Sungai Endap Jawa Gunda selebar empat meter.

Bagaimanap­un, katanya, sejak 2010 jambatan tersebut mula tidak kukuh kerana sudah terlalu uzur, selain sering dilanda banjir.

Jelas beliau, keadaan jambatan yang hampir runtuh itu sangat tidak selamat untuk digunakan lagi oleh penduduk kampung termasuk anakanak mereka pergi ke sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) St Francis Xavier, Seratau dan Sekolah Menengah Kebang- saan (SMK) Siburan.

Tambahan pula, sungai itu turut dihuni buaya menyebabka­n penduduk berasa takut untuk melalui jambatan lama tersebut kerana ia begitu rendah dan menghampir­i paras sungai.

Justeru, Ramad berkata permohonan untuk menggantik­an jambatan kayu yang uzur dan hampir runtuh itu telah dikemukaka­n pada 2010 dan akhirnya diluluskan pada tahun lepas oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merangkap Ahli Parlimen Puncak Borneo Dato Sri Dr James Dawos Mamit.

Katanya, pembinaan jambatan baharu konkrit yang menelan kos RM200,000 itu sedang giat dijalankan bermula 15 November lalu. MIRI: Penduduk di sekitar kawasan Desa Senadin diajak menyertai aktiviti gotongroyo­ng besar-besaran pada hari ini (Sabtu, 25 November) bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Aktiviti dianjurkan Jawatankua­sa Penduduk Senadin melibatkan penduduk Desa Senadin Fasa Satu, Dua, Tiga dan sekitarnya.

Sesi berkumpul akan diadakan di Taman Rekreasi Jumbo dan dijangka dihadiri oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM), Adam Yii.

Selain aspek kebersihan, aktiviti itu bertujuan menguatkan semangat kerjasama dan kejiranan di kalangan penduduk.

Program itu akan dimulakan dengan senaman. Penganjur turut menyediaka­n hidangan sarapan pagi dan makan tengah hari.

Kerja-kerja pembersiha­n melibatkan keseluruha­n kawasan perumahan Desa Senadin di sini.

 ??  ?? DALAM PEMBINAAN: Kerja-kerja pembinaan jambatan konkrit baharu sedang dijalankan untuk menggantik­an jambatan lama menyeberan­gi Sungai Endap Jawa Gunda.
DALAM PEMBINAAN: Kerja-kerja pembinaan jambatan konkrit baharu sedang dijalankan untuk menggantik­an jambatan lama menyeberan­gi Sungai Endap Jawa Gunda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia