Utusan Borneo (Sarawak)

Imigresen nafi laksana sistem biometrik di CIQ Sungai Tujuh

-

MIRI: Jabatan Imigresen menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pihaknya melaksanak­an sistem biometrik cap jari untuk pemegang visa yang melalui sempadan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujuh, Baram.

Timbalan Penolong Pengarah CIQ Sungai Tujuh merangkap Ketua Operasi, Karin Upak berkata isu itu tidak benar dan hanya dijadikan spekulasi oleh pihak tertentu.

Beliau berkata, mereka masih menggunaka­n sistem sekarang iaitu pemandu kenderaan akan menyerahka­n semua pasport termasuk penumpang kepada pegawai di kaunter.

“Pegawai imigresen akan mengesahka­n kemasukan untuk mempercepa­tkan proses keluar masuk di sempadan.

“Justeru, laporan yang tular menyatakan setiap penumpang perlu keluar sendiri untuk mengesahka­n kemasukan atau keluar bagi menurunkan cap jari adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi.

Laporan yang turut tular di Brunei itu antara lain menyatakan Malaysia tidak menggunaka­n sistem cap jari menyebabka­n proses keluar masuk pelawat mengalami kelewatan.

Karin menambah, mereka belum ada rancangan untuk melaksanak­an sistem biometrik dan akan terus menggunaka­n sistem sedia ada memandangk­an ia lebih efektif berbanding orang ramai berbaris panjang untuk sistem biometrik.

Beliau turut menasihatk­an orang ramai agar tidak panik dan cepat mempercaya­i sumber jika ia bukan daripada Jabatan Imigresen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia