Utusan Borneo (Sarawak)

Dana RM20,000 anjur karnival agensi Islam Sarawak tahun depan

-

KUCHING: Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi mengumum akan menyalurka­n dana sebanyak RM20,000 untuk penganjura­n Karnival Agensi-Agensi Islam Negeri Sarawak pada tahun depan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Jamuan Malam Karnival Agensi-Agensi Islam Negeri Sarawak 2017 di sini barubaru ini yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.

Menurut Abdul Rahman, meskipun penganjura­n karnival itu diadakan buat julung kali, namun ia diyakini mampu memberi impak yang baik kepada para peserta.

“Selain dapat merapatkan lagi hubungan silaturahi­m warga pekerja dari agensi-agensi Islam, ia secara langsung akan dapat mencungkil bakat-bakat mereka dalam arena sukan.

“Tahniah diucapkan kepada pihak Majlis Islam Sarawak atas penganjura­n karnival seperti ini,” katanya.

Karnival Agensi- Agensi Islam Negeri Sarawak diadakan dari bulan Ogos hingga 19 November tahun ini.

Karnival itu melibatkan Majlis Islam Sarawak, Jabatan Agama Islam, Tabung Baitulmal Sarawak, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Pusat Penerangan Sarawak (IIC), Jabatan Kehakiman Sarawak, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan HIKMAH.

Pelbagai acara dipertand- ingkan seperti boling, petanque, pingpong, futsal, karom dan badminton.

Juara keseluruha­n edisi pertama untuk edisi kali ini jatuh kepada Jabatan Agama Islam Sarawak.

 ??  ?? TAHNIAH: Abdul Rahman dan Misnu bergambar kenangan bersama para pemenang pada majlis Jamuan Malam Karnival Agensi-Agensi Islam Negeri Sarawak 2017 di Kuching, baru-baru ini.
TAHNIAH: Abdul Rahman dan Misnu bergambar kenangan bersama para pemenang pada majlis Jamuan Malam Karnival Agensi-Agensi Islam Negeri Sarawak 2017 di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia