Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas CEO dipenjara lima tahun, denda RM5 juta

Bersalah menyampaik­an maklumat sulit nilai saham syarikat

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pengeluar sarung tangan getah, APL Industries Berhad (APLI) dihukum penjara lima tahun dan denda RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyampaik­an maklumat sulit nilai saham syarikat itu, 10 tahun lepas.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhka­n hukuman tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Datuk Seri Thai Kim Sim, 57.

Mahkamah turut menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun dan denda RM10 juta terhadap seorang lagi tertuduh iaitu Tiong Kiong Choon, 57, seorang bekas remiser, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melupuskan 6.2 juta unit saham syarikat APLI.

Kesalahan ini serius dan berada dalam kelasnya tersendiri kerana bukan semua orang boleh jadi pemain dalam pasaran saham.

Thai dan Tiong turut diperintah­kan menjalani hukuman penjara masing-masing dua tahun lagi sekiranya gagal membayar denda itu.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n penangguha­n pelaksanaa­n hukuman penjara terhadap kedua- dua tertuduh sehingga rayuan selesai manakala penangguha­n pembayaran denda tidak dibenarkan.

Hakim Zulqarnain ketika membaca hukumannya berkata, kesalahan yang dikenali sebagai pasaran dalaman adalah satu kesalahan jenayah ekonomi kolar putih moden.

“Kesalahan ini serius dan berada dalam kelasnya tersendiri kerana bukan semua orang boleh jadi pemain dalam pasaran saham,” katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, Thai didakwa menyampaik­an kepada Tiong maklumat yang tidak boleh didapati secara umum di mana sekiranya didapati secara umum, seseorang akan menjangka maklumat itu mempunyai kesan material terhadap nilai saham APLI dan tertuduh mengetahui maklumat itu tidak boleh didapati secara umum.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di negara ini pada 26 dan 29 Okt 2007.

Tiong pula didakwa melupuskan 2,205,500 dan 4,003,000 unit saham yang dipegang dalam akaun Sistem Depositori Pusat milik dua individu yang tidak diperoleh secara umum dan memberi kesan terhadap nilai saham dan dituduh melakukan kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan pada 26 dan 29 Okt 2007.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 188( 3)( a) dan 188( 2)( a) Akta Perkhidmat­an dan Pasaran Modal 2007 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM1 juta.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, T. Chelvakuma­r manakala Thai diwakli peguam Datuk K. Kumaraendr­an dan peguam Chong Loong Men bertindak bagi pihak Tiong. — Bernama

Zulqarnain Hassan Hakim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia