Utusan Borneo (Sarawak)

Kevin Morais: Tukang jahit dipenjara beri keterangan palsu

-

KUALA LUMPUR: Seorang tukang jahit yang merupakan saksi pendakwaan dalam perbicaraa­n kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, selepas didapati bersalah atas pertuduhan memberi keterangan palsu kepada mahkamah, tahun lalu.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki, menjatuhka­n hukuman itu terhadap S .Yogeswari, 38, yang merupakan saksi pendakwaan ke-37 dalam perbicaraa­n kes bunuh itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Namirah Hanum memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan turut mengarahka­n Yogeswary yang merupakan seorang ibu tunggal membayar kos pendakwaan berjumlah RM1,500.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n permohonan peguam J.Jayarubbin­y yang mewakili wanita itu untuk menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman penjara sementara menunggu rayuan dengan menaikkan wang jaminan daripada RM5,000 kepada RM13,000.

Tertuduh juga diperintah­kan supaya memfailkan notis rayuan sebelum 30 Nov.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dalam perbicaraa­n kes itu.

Yogeswari, didapati bersalah memberi keterangan palsu semasa memberi keterangan sebagai saksi dalam prosiding perbicaraa­n jenayah di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah seperti dalam Lampiran B (Lampiran keterangan palsu) yang dia (tertuduh) mengetahui keterangan­nya adalah palsu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Mahkamah Tinggi 1, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pada 11 pagi, 27 Sept 2016 mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Lampiran B itu merujuk kepada keterangan Yogeswari mengenai kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton bernombor PEP 1135 miliknya yang didakwa digunakan untuk melanggar kenderaan dipandu Kevin Morais. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENYELEWEN­GAN BAJA: Pekebun yang juga berkerja sebagai peniaga barang elektrik berusia 50 tahun yang merupakan suspek keempat kes penyelewen­gan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n (SBPKP) bernilai kira-kira RM2.54 juta yang dipercayai dilakukan sejak...
— Gambar Bernama PENYELEWEN­GAN BAJA: Pekebun yang juga berkerja sebagai peniaga barang elektrik berusia 50 tahun yang merupakan suspek keempat kes penyelewen­gan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n (SBPKP) bernilai kira-kira RM2.54 juta yang dipercayai dilakukan sejak...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia