Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang rumah musnah dalam kebakaran

-

KOTA BHARU: Tujuh belas orang daripada tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang mereka diami di Kampung Kuala Besar di sini, musnah dalam kebakaran.

Seorang mangsa, Nurul Faizeniy Afife Razali, 28, berkata kejadian tersebut berlaku kira- kira jam 11 pagi ketika beliau dan suaminya, Mohd Hafiz Daud, 29, dan dua anaknya berusia enam dan lapan tahun sedang bersiap- siap untuk keluar makan.

“Ketika sedang bersiapsia­p itu, saya terhidu bau asap sebelum terdengar bunyi letupan. Saya bergegas keluar daripada bilik dan terkejut melihat rumah jiran sedang terbakar.

Saya dan suami terus keluar dari rumah bersama anak- anak untuk menyelamat­kan diri selepas mendengar letupan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Nurul Faizeniy Afife berkata beliau hanya berjaya menyelamat­kan telefon bimbit, dua tong gas dan dua motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha Ego kerana api merebak dengan pantas.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kota Bharu Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.16 pagi semalam sebelum 20 anggota dan lima jentera dengan bantuan BBP Pengkalan Chepa dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kami dapati api sedang marak dan terus menjalanka­n kerja- kerja mengawal api daripada terus merebak ke rumah berhampira­n.

“Api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.50 pagi semalam dan kami dapati ada empat motosikal turut hangus dalam kejadian tersebut,” katanya sambil menambah punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia