Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia akan berdepan fasa negara tua menjelang 2030

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneliti pemberian bantuan orang tua untuk diperluask­an kepada penjagaan warga emas dan pemberian insentif kepada penjaga warga emas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara yang diputuskan pada Mesyuarat Majlis Sosial Negara yang dipengerus­ikannya di Bangunan Perdana Putra di sini semalam adalah kerana Malaysia akan berdepan dengan fasa negara tua menjelang 2030.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Majlis Sosial Negara juga bersetuju Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewujudkan profiling atau data warga emas bagi penyediaan keperluan warga emas di negara ini.

“Kerajaan turut mengalu-alukan dan menyokong supaya negeri-negeri serta pihak berkuasa tempatan mewujudkan kemudahan infrastruk­tur sosial kepada warga emas,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan sempena mesyuarat itu.

Dalam menangani kes buli di sekolah-sekolah, Ahmad Zahid berkata mesyuarat Majlis Sosial Negara itu juga bersetuju pengelasan data untuk memenuhi definisi buli yang sebenarnya perlu dilaksanak­an.

Beliau berkata mesyuarat turut memutuskan bahawa agenda sosial perlu dibincangk­an dalam mesyuarat jawatankua­sa tindakan negeri dan daerah.

“Penggunaan media sosial oleh badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan dalam membantu sebagai antibuli amat dialu-alukan,” katanya.

Dalam mesyuarat sama, Ahmad Zahid berkata Kementeria­n Pendidikan telah mensyaratk­an semua prasekolah (tadika) dalam sistem pendidikan kebangsaan perlu melaksanak­an Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Katanya KSPK, yang dilaksanak­an bermula pada 2010, telah ditambah baik dengan disemak semula untuk pelaksanaa­n tahun ini.

“KSPK (semakan 2017) mengandung­i enam tunjang utama yang berkaitan dengan pendidikan kerohanian adalah kerohanian, sikap dan nilai yang mempunyai dua komponen utama.

“Dua komponen itu ialah Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, 120 minit seminggu adalah masa yang diperuntuk­kan untuk pengajaran dan pembelajar­an bagi kedua- dua komponen itu.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatakuas­a Peringkat Tinggi ( HLC) mengenai Pasukan Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz dan mesyuarat berkenaan memutuskan institusi-institusi tahfiz melaksanak­an kurikulum kebangsaan berdaftar dengan Kementeria­n Pendidikan (KPM) selaras dengan Akta Pendidikan 1996.

Katanya usaha bersepadu antara KPM, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), pihak berkuasa agama negeri serta persatuan perlu dilaksanak­an untuk menggalakk­an dan memastikan institusi-institusi tahfiz berbuat demikian.

Pada 4 Okt lepas, mesyuarat jemaah menteri bersetuju memperuntu­kkan RM30 juta sebagai tambahan kepada peruntukan RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2017.

“Peruntukan itu adalah untuk pembaikan institusi tahfiz di seluruh negara bagi tahun ini.

Ini menunjukka­n kerajaan sentiasa prihatin dalam memastikan sekolah-sekolah tahfiz mempunyai tahap persekitar­an pembelajar­an yang kondusif dan selamat,” katanya.

Dalam Bajet 2018 pula, Ahmad Zahid berkata peruntukan RM50 juta kepada GIATMARA untuk membaik pulih dan menyelengg­ara sistem pendawaian di semua tahfiz yang berdaftar di seluruh negara.

Di samping itu, katanya Skim Latihan Kemahiran Giatmara akan diperkenal­kan bagi tujuan melatih pelajar tahfiz supaya lebih berkemahir­an. — Bernama

Kerajaan turut mengalu-alukan dan menyokong supaya negeri-negeri serta pihak berkuasa tempatan mewujudkan kemudahan infrastruk­tur sosial kepada warga emas. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia