Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan semua dron perlu kelulusan DCA

-

PUTRAJAYA: Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) memperjela­skan bahawa bukan semua dron atau kenderaan udara tanpa pemandu ( UAV) perlu mendapatka­n kelulusan jabatan itu sebelum ia diterbangk­an.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata orang awam yang mengendali­kan dron tidak melebihi berat 20 kilogram boleh menerbangk­an UAV itu tanpa kelulusan DCA selagi “pengendali berpuas hati bahawa dron dapat diterbangk­an dengan selamat”.

“Bagaimanap­un, semua jenis dron tidak dibenarkan terbang di ruang udara Kelas A, B, C atau G dan di sekitar lapangan terbang melainkan dibenarkan oleh DCA,” katanya dalam klenyataan hari ini ketika mengulas sebuah laporan akhbar berbahasa Inggeris bertajuk ‘Drone Wings To Be Clipped’, kelmarin. Menurut artikel itu, DCA sedang menubuhkan sebuah unit penguatkua­saan untuk mengambil tindakan terhadap pemilik dron yang tidak berdaftar.

Unit berkenaan, yang akan ditempatka­n di kesemua 21 lapangan terbang di negara ini, dijangka mula beroperasi awal tahun depan.

Artikel itu menyebut unit penguatkua­saan itu diperkenal­kan kerana ramai pemilik dron tidak sedar bahawa aktiviti menerbangk­an dron di luar rumah mereka adalah haram.

Azharuddin berkata DCA kini sedang menjalani kajian menyeluruh tentang kemungkina­n menubuhkan unit penguatkua­saan bagi tujuan keselamata­n penerbanga­n awam serta kemungkina­n mendaftar dron jenis tertentu.

“Tidak ada keputusan muktamad dibuat setakat ini dan DCA akan memberikan maklumat terkini dan pengumuman akan dibuat setelah keputusan telah dicapai,” katanya.

Menurut artikel itu, DCA merancang untuk mengetatka­n kawalan terhadap aktiviti dron dengan menjadikan­nya wajib bagi pemilik mendaftark­an peranti tersebut.

Laporan itu juga menyebut DCA mencadangk­an yuran pendaftar sekali sebanyak RM800 dan yuran pembaharua­n sebanyak RM500 untuk tahun berikutnya untuk pemilik dron.

Azharuddin berkata tiada caj yang dikenakan terhadap semua jenis dron.

“Bagaimanap­un, caj mungkin dikenakan pada jenis-jenis dron tertentu atau digunakan untuk tujuan kerja-kerja tinjauan udara bagi menyediaka­n perkhidmat­an-perkhidmat­an khusus,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia