Utusan Borneo (Sarawak)

100% Super Store Genesis Parade adakan jualan besar-besaran esok

-

KUCHING: Pasar raya 100% Super Store di Genesis Parade dekat sini akan mengadakan jualan besar-besaran esok, 26 November 2017.

Jualan sehari ini adalah bersempena dengan ulang tahun keempat 100% Super Store yang dibuka di Genesis Parade, Jalan Batu Kawa/Matang di sini.

Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak melepaskan peluang untuk dapatkan tawaran hebat di 100% Super Store pada Ahad ini.

Pelbagai barangan ditawarkan pada harga terendah yang mana boleh disemak menerusi iklan di surat khabar dan juga laman Facebook 100% Super Store.

Dengan pembelian RM30 dan ke atas, pelanggan layak untuk mendapatka­n hadiah percuma selain penjimatan dengan harga rendah menerusi pembelian dengan pembelian.

Sebagai tambahan kepada jualan hebat ini, beberapa sesi ‘Happy Hour’ juga akan diadakan antara jam 10 pagi hingga 9 malam.

Sesi ‘ Happy Hour’ ini menawarkan beberapa barangan terpilih pada harga terendah untuk direbut oleh para pelanggan.

Sepanjang bulan Novem- ber ini, pihak 100% Super Store juga memberikan hadiah misteri kepada mereka yang lahir pada bulan November.

Bawa kad pengenalan diri (IC) anda di 100% Super Store untuk menebus hadiahhadi­ah misteri ini.

Dengan setiap pembelian RM10 dan ke atas dalam satu resit, pelanggan berpeluang untuk memenangi permainan teka atau ‘Guess Game.’

Pihak pasar raya turut akan mengadakan program terbuka kepada orang ramai pada jualan Ahad ini seperti Penjagaan Rawatan Tradisiona­l Cina dan peraduan mewarna kanak-kanak yang akan akan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 10 malam.

Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi 100% Super Store pada Ahad ini untuk mendapatka­n pelbagai barangan harian anda pada harga terendah.

 ??  ?? JUALAN: Pasar raya 100% Super Store di Genesis Parade akan mengadakan jualan besar-besaran esok, 26 November 2017.
JUALAN: Pasar raya 100% Super Store di Genesis Parade akan mengadakan jualan besar-besaran esok, 26 November 2017.
 ??  ?? TAWARAN ISTIMEWA: Pelbagai barangan termasuk perkakasan dapur dijual pada harga istimewa di 100% Super Store, Genesis Parade.
TAWARAN ISTIMEWA: Pelbagai barangan termasuk perkakasan dapur dijual pada harga istimewa di 100% Super Store, Genesis Parade.
 ??  ?? PELBAGAI: Barangan perhiasan Krismas turut dijual di 100% Super Store.
PELBAGAI: Barangan perhiasan Krismas turut dijual di 100% Super Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia