Utusan Borneo (Sarawak)

AC Milan mengesahka­n kemaraan ke pusingan 32 akhir setelah menumpaska­n Austria

-

PARIS, Perancis: Arsenal mengesahka­n tangga teratas Kumpulan H dalam pertanding­an Liga Europa walaupun tewas 0-1 di Cologne sementara AC Milan juga mengesahka­n kemaraan ke pusingan 32 akhir kejohanan dengan menewaskan Austria Vienna Khamis lepas.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, melakukan pertukaran keseluruha­n kesebelasa­n utama yang menewaskan Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana Inggeris hujung minggu lepas, dengan Olivier Giroud, Jack Wilshere dan Danny Welbeck diturunkan dalam kesebelasa­n utama.

Tetapi Arsenal bolos gol penalti minit ke- 62 oleh Sehrou Guirassy selepas dikasari Mathieu Debuchy dalam kotak penalti.

Cologne, tanpa kemenangan dari 12 perlawanan dalam Bundesliga Jerman musim ini, naik ke tangga kedua dengan baki satu perlawanan selepas keputusan seri tanpa jaringan di antara BATE Borisov dan Red Star Belgrade di Belarus mengesahka­n status Arsenal sebagai juara kumpulan.

“Kami tewas satu perlawanan di mana Cologne hanya mempunyai satu peluang sahaja selain tendangan penalti,” kata Wenger.

“Kami sentiasa kehilangan sesuatu untuk menjaringk­an gol. Cologne bertahan dengan penuh semangat dan bagi mereka, ia adalah malam yang sempurna.”

Juara tujuh kali Piala Eropah, Milan, juga melonjak ke tangga teratas untuk Kumpulan D selepas membelasah Austria Vienna 5-1 di San Siro.

Christoph Monschein meletakkan Vienna di hada- Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Europa di antara Cologne dan Arsenal di Cologne. pan tetapi skuad kendalian Vincenzo Montella bangkit menerusi jaringan dua gol masing-masing dari Andre Silva dan Patrick Cutrone dengan satu lagi gol dijaringka­n Ricardo Rodriguez.

Atalanta juga mengesahka­n tempat ke pusingan kalah mati selepas Bryan Cristante dan Andreas Cornelius, juga masing-masing menjaringk­an dua gol ketika membelasah Everton 5-1 di Goodison Park.

Robin Gosens menjaringk­an satu lagi gol untuk Atalanta dengan Sandro Ramirez menjaringk­an gol pertama beliau bersama Everton, yang tewas buat kali keempat dari lima perlawanan pusingan pertama kejohanan ini.

Nabil Fekir menjaringk­an gol ke-13 musim ini untuk Lyon selepas menewaskan Apollon Limassol untuk menyertai Atalanta dari Kumpulan E.

Mario Balotelli menjaringk­an dua gol ketika Nice juga meneruskan kemaraan selepas menewaskan Zulte Waregem dari Belgium sementara Lazio tercicir mata pertama dalam Kumpulan K selepas seri 1-1 dengan Vitesse Arnhem di tempat sendiri.

Marseille menjaringk­an gol penyamaan lewat dari gol sendiri Wilfried Moke untuk mengikat Konyaspor 1-1 dan kekal di tangga kedua di belakang Salzburg, yang menewaskan Vitoria Guimaraes dari Kumpulan I.

“Keajaiban tidak berlaku begitu sahaja,” kata jurulatih Marseille, Rudi Garcia, yang menyaksika­n Jordan Amavi dibuang padang ketika berbaki 10 minit permainan.

Villarreal juga meneruskan k e m a r a a n s e l e p a s menewaskan Astana 3-2 di Kazakhstan.

Kelab dari Sweden, Ostersund, juga meneruskan saingan selepas menewaskan Zorya Luhansk dari Ukraine 2-0 sementara Athletic Bilbao menewaskan Hertha Berl i n 3 - 2 . — AFP

Kami sentiasa kehilangan sesuatu untuk menjaringk­an gol. Cologne bertahan dengan penuh semangat dan bagi mereka, ia adalah malam yang sempurna. Arsene Wenger Pengurus Arsenal

 ?? — Gambar Reuters — Gambar AFP ?? BERGAYA: Penyerang AC Milan, Andre Silva meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan Liga Europa Kumpulan D menentang Austria Vienna di Stadium San Siro, Milan.
— Gambar Reuters — Gambar AFP BERGAYA: Penyerang AC Milan, Andre Silva meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan Liga Europa Kumpulan D menentang Austria Vienna di Stadium San Siro, Milan.
 ??  ?? CARI RUANG:
CARI RUANG:
 ??  ?? MATA
MATA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia