Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool perlu terus ke hadapan, Man City enggan mendabik dada

-

LONDON, England: Georginio Wijnaldum mencabar pasukannya Liverpool untuk melepaskan kekecewaan di Eropah ke atas Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini sementara Yaya Toure berikrar di mana pendahulu liga, Manchester City, tidak akan mendabik dada selepas berada selesa di tangga teratas liga.

Perlawanan tumpuan utama hujung minggu ini sudah tentu di Anfield, di mana Liverpool ( di tangga kelima) akan menentang Chelsea (tangga ketiga) dengan kedua-dua kelab tidak mahu semakin k e t i n g g a l a n di belakang City.

Kekalahan untuk k e d u a - dua kelab bermakna Chelsea akan ketinggala­n sembilan mata dan Liverpool ketinggala­n 12 mata di belakang City.

Moral pemain Liverpool menurun selepas mensia- siakan pendahulua­n 3-0 pada masa rehat sebelum seri 3-3 di Sevilla dalam Liga Juara-Juara Selasa lepas. Ia adalah keputusan mengejut dan Wijnaldum mengakui pasukannya harus bekerja-keras untuk menghilang­kan kekecewaan itu sebelum kehadiran Chelsea di Anfield. “Saya tidak fikir ia satu keputusan buruk untuk mendapatka­n keputusan seri di Seville tetapi cara kami hilang pendahulua­n bukan satu isyarat yang baik,” kata beliau. “Ia menyakitka­n apabila anda mengenang kembali perlawanan tetapi kami harus melakukann­ya sekali lagi Sabtu ini. “Kami harus bercakap sesama sendiri, mengangkat semangat kami, melupakan semua ini dan memberikan tumpuan kepada perlawanan menentang Chelsea.” Dengan Liverpool bermain sehari lebih awal menentang Sevilla, Conte bimbang pasukannya boleh mengalami kekalahan seperti ketika menentang Manchester City pada awal musim – pada minggu di mana mereka bermain sehari lebih lewat berbanding lawan mereka dalam Liga Juara-Juara. “Kami harus bersedia menentang Liverpool walaupun dalam penerbanga­n pulang ( dari Azerbaijan),” kata Conte. Ketika Conte merungut, masalah terbesar untuk City – yang memenangi 10 perlawanan liga terakhir – ialah sikap terlalu yakin. C i t y meneruskan rekod tanpa kalah untuk 19 perlawanan dalam semua pertanding­an apabila m e n e - w a s k a n F e y e - noord 10 dalam L i g a Juara-Juara Selasa lepas. City, yang memiliki kelebihan lapan mata berbanding pencabar terdekat, Manchester United, sudah mendapat banyak pujian ekoran permulaan cemerlang mereka musim ini tetapi pemain tengahnya, Yaya Toure menegaskan mereka tidak harus terlalu yakin. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KAWALAN KEMAS: Rooney (tengah) dikawal ketat oleh pemain Atalanta pada perlawanan Liga Europa Kumpulan E di Goodison Park, Liverpool. UNSWORTH
— Gambar AFP KAWALAN KEMAS: Rooney (tengah) dikawal ketat oleh pemain Atalanta pada perlawanan Liga Europa Kumpulan E di Goodison Park, Liverpool. UNSWORTH
 ??  ?? WIJNALDUM
WIJNALDUM
 ??  ?? TOURE
TOURE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia