Utusan Borneo (Sarawak)

La Liga: Valencia sedia teruskan kecemerlan­gan

-

MADRID, Sepanyol: Masing-masing belum tewas dan memburu rekod permulaan terbaik dalam La Liga Sepanyol, Valencia menanti kunjungan Barcelona pada satu perlawanan tumpuan La Liga Ahad ini dengan harapan untuk membuktika­n kemampuan sebenar mereka memburu kejuaraan liga.

Selepas dua musim hambar dengan pertukaran jurulatih dan persoalan tentang kemampuan pemilik kelab dari Singapura, Peter Lim untuk menguruska­n kelab, Valencia sudah bangkit semula dengan kombinasi jurulatih baharu, Marcelino Garcia Toral dan pengarah sukan Mateu Alemany untuk mencipta satu rekod lapan kemenangan liga berturut-turut.

Valencia bagaimanap­un masih ketinggala­n empat mata di belakang pendahulu liga, Barcelona selepas Barca mengumpul 34 dari kemungkina­n 36 mata.

“Hakikatnya ialah pasukan ini sudah berubah sepenuhnya. Bukan sahaja tahap permainan tetapi juga mentaliti kami. Ia adalah banyak dibantu oleh jurulatih,” kata penjaring terbanyak Valencia, Simone Zaza.

Berbeza dengan beberapa tahun yang lalu di mana pembelian pemain oleh Lim dipersoalk­an kerana perhubunga­n rapat dengan ejen terkenal, Jorge Mendes, majoriti dari tujuh pemain baharu Valencia selepas satu musim rombakan besar-besaran, kelihatan menyerlah.

Bagaimanap­un, kejayaan Valencia untuk mengambil peluang dari permulaan hambar Real Madrid dan Atletico Madrid untuk satu pencapaian hebat memenangi kejuaraan liga pertama mereka pada 2003/2004, diperkuatk­an lagi dengan prestasi cemerlang tiga pemain - Goncalo Guedes, Geoffrey Kondogbia, dan Andreas Pereira.

Apa pun, Lim membalas kritikan dengan mendakwa ‘berita palsu’ dan ‘penyokong palsu’ di atas pencapaian hambar pasukannya pada dua musim terakhir.

“Peter Lim melabur lebih dari 200 juta euro dari wang beliau sendiri untuk menyelamat­kan kelab. Tiada seorang pun penyokong palsu yang berpura- pura untuk mempertaha­nkan kelab ini dari Meriton dan dari Peter Lim yang memasukkan wang untuk menyelamat­kan kelab ini,” tulis satu kenyataan.

Bekas pemain Valencia dan Barcelona, David Villa, juga tidak mempunyai keraguan di mana Marcelino akan membawa satu impak segera.

“Saya tidak terkejut dengan pencapaian Marcelino,” kata Villa, yang bermain di kelab New York City di Amerika Syarikat (AS).

“Kami saling mengenali dari penggal pertama beliau sebagai ketua jurulatih di pasukan Sporting Gijon B. Sebaik sahaja beliau menjadi jurulatih Valencia, saya berkata saya sangat yakin beliau akan mengubah pasukan dan arah tuju kelab dengan keputusan positif.”

Marcelino bagaimanap­un akan menonton perlawanan dari tempat duduk biasa selepas dibuang padang ketika Valencia menewaskan Espanyol 2-0 minggu

lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia