Utusan Borneo (Sarawak)

Hodgson gembira dengan penggantun­gan Niasse

-

LONDON, England: Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson berkata beliau merasa berpuas hati dengan penggantun­gan dua perlawanan ke atas penyerang Everton, Oumar N i a s s e kerana sengaja menj a t u h k a n dirinya dan berharap ia akan mengelak pemain lain melakukan perkara yang sama.

N i a s s e , penyerang a n t a r a - b a n g s a Senegal, menjadi pemain pertama dalam Liga Perdana Inggeris yang dihukum di bawah peraturan baharu Liga Bola Sepak yang membenarka­n tindakan ke atas pemain yang sengaja menjatuhka­n dirinya atau berlakon. Tendangan penalti kontrovers­i yang diperolehi oleh Niasse ketika Everton seri 2-2 dengan Palace, menyebabka­n pendakwaan itu dan rayuan Everton juga telah ditolak. Niasse menjaringk­an gol penyamaan lewat Everton untuk menambah lagi kekecewaan Palace. “Kami m e r a - sakan ia b u k a n t e n d - a n g a n p e n a l t i k e r a n a b e l i a u ( Niasse) s e n g a j a m e r - ebahkan diri dan saya fikir saya berasa sangat lega di mana penilaian saya adalah tepat (selepas pendakwaan),” kata Hodgson, di mana pasukannya masih kekal di tangga terbawah Liga Perdana Inggeris.

“Saya menghormat­i keputusan (FA) tetapi ia tidak banyak membantu kami kerana ia lebih baik jika tendangan penalti tidak diberikan dan kami mungkin boleh menang.”

Hodgson, di mana pasukannya akan menentang Stoke City hari ini, berharap hukuman ke atas Niasse akan menjadi peringatan kepada pemain lain untuk tidak melakukan ‘lakonan’ yang sama.

“Semua ini akan menjadikan pemain berfikir untuk melakukan perkara yang sama,” kata beliau. “Apabila anda mempunyai perlawanan di mana ia dibincangk­an selepas itu dan pakar penganalis­a TV menyokongn­ya, sudah tentu ia memberi kesan tetapi anda harus berhati-hati dengan mereka yang pandai berlakon.

“Ada situasi di mana lakonan mereka kelihatan sangat bagus berbanding pemain lain. Ada juga pemain yang kehilangan keseimbang­an dan ia tidak sepatutnya tendangan penalti. Anda harus membuat keputusan dengan berhati-hati.” — AFP

 ??  ?? NIASSE
NIASSE
 ??  ?? HODGSON
HODGSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia