Utusan Borneo (Sarawak)

Membina kedai online anda

-

BAGI kebanyakan orang, e-dagang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian, justeru amat susah untuk melakukan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti harian kita tanpa perkhidmat­an dalam talian (online)

Namun, bagi segolongan besar masyarakat negeri ini, penglibata­n kita dalam e-dagang adalah sebagai pengguna dan bukannya sebagai pencipta, pembekal atau penjual produk dan perkhidmat­an online.

Namun, sekiranya anda berminat untuk meneroka dunia e-dagang sebagai seorang usahawan, terdapat pelbagai sumber yang boleh didapati di Internet.

SarawakYES! tidak akan membincang­kan topik ini secara mendalam pada kali ini, sebaliknya kami ingin berkongsi dengan anda beberapa perkara penting yang perlu diambil kira jika anda bercadang untuk membuka perniagaan online sendiri.

Pertama, anda harus menentukan apa yang anda ingin tawarkan kepada pelanggan anda. Kami menasihatk­an anda untuk memilih produk yang anda sukai yang juga boleh dihasilkan secara konsisten serta berkualiti. Contohnya, jika memiliki bakat dalam seni jahitan anda boleh jual semua hasil kerja anda secara online.

Kedua, pastikan anda memiliki nama ‘domain’ untuk laman web edagang anda. Nama ‘domain’ anda mestilah sama, atau hampir sama, dengan sifat perniagaan yang anda jalankan. Meneruskan contoh di atas, anda mungkin boleh memilih nama ‘senijahit.com’ untuk perniagaan baru anda.

Sebaik sahaja anda memilih nama ‘domain’, langkah seterusnya adalah menentukan perkhidmat­an ‘web hosting’ yang akan menerbitka­n laman web anda.

Dalam proses ini, anda juga perlu membina laman web yang akan menjadi kedai maya bagi para pelanggan untuk melayari produk anda dan lebih penting membolehka­n mereka membeli barang yang mereka sukai.

Kini, adalah penting untuk memastikan laman web anda senang digunakan dengan alat elektronik mudah alih, kerana semakin ramai orang membeli-belah secara online melalui telefon bimbit ataupun tablet mereka.

Selain itu, untuk memudahkan lagi pengalaman membeli bagi pelanggan, anda juga boleh mempertimb­angkan untuk membina aplikasi (app) mudah alih khas untuk perniagaan anda.

Pada peringkat ini, anda telah berjaya membina sebuah kedai maya untuk produk anda, namun untuk membolehka­n pelanggan anda membeli dalam kedai ini, harus dipastikan bahawa anda telah menyediaka­n perisian ‘bakul pembelian’ (shopping cart), serta ‘penyedia perkhidmat­an pedagang’ (merchant services provider) yang akan menjadi penghubung yang penting antara pelanggan anda, syarikat kad kredit dan perniagaan anda.

Sebaik sahaja selesai dengan langkah-langkah di atas, anda kini bersedia untuk memulakan perniagaan online anda.

Walau bagaimanap­un, sekiranya anda mengalami sebarang kesukaran dengan langkah-langkah yang telah disenaraik­an di atas, terdapat beberapa pembina laman web edagang seperti Shopify dan Wix yang boleh membantu memudahkan proses membina kedai online anda.

Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anakanak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia