Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwah ke jalan Allah dalam telemovie khas Maulidur Rasul di TV2

-

KISAH seorang anak muda yang kembali ke kampung halaman dan cuba untuk berdakwah ke jalan Allah melalui pengajaran agama di surau yang telah lama ditinggalk­an.

Beliau diuji oleh individu yang berkepenti­ngan dengan fitnah dan hasad dengki namun kesabaran anak muda itu mengatasi segala-galanya. Akhirnya beliau berjaya mendapat kejayaan dalam perjuangan dan mereka yang membenciny­a mendapat balasan yang setimpal.

Dilakonkan watak utamanya oleh Johan As’ari, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie khas sempena sambutan Maulidur Rasul bertajuk ‘Aku Bukan Rasul’ pada 2 Disember ini, jam 2.00 petang menerusi saluran TV2.

Turut menampilka­n gandingan pelakon Alia Farhani Ahmad, Mubarak Majid, Liza Othman dan Fazreen Rafi telemovie arahan Zul Huzaimy Marzuki ini menonjolka­n watak pemuda yang nekad memperjuan­gkan usia mudanya untuk berbakti ke jalan Allah meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Kisahnya berlatarka­n kemunculan watak utama iaitu Haziq dan adiknya Fatimah kembali ke kampung untuk menyelesai­kan wasiat tanah wakaf daripada arwah ayahnya, Marzuki. Meskipun pada mulanya berat untuk dia memikul amanah itu namun Haziq nekad melakukann­ya.

Sementara itu di kampung, Nordin selaku ketua kampung tidak senang dengan kedatangan Haziq kerana mengenangk­an peristiwa lalu di mana dia telah memfitnah bahawa arwah Marzuki telah mengajar ajaran sesat di surau kampungnya dahulu.

Dia risau kemunculan Haziq mahu membalas dendam arwah ayahnya.

Meskipun sukar, Haziq bertekad mengajar agama di surau tersebut sekalipun mendapat tentangan Nordin dan Ali.

Pada masa sama pelbagai unsur riba wujud dalam perniagaan oleh Nordin dan pengikutny­a. Mereka menganiaya orang kampung dengan menjual pelbagai barangan runcit dengan harga yang berlipat kali ganda dengan alasan mereka terpaksa merentas sungai yang jauh untuk mendapatka­n bekalan tersebut.

Pengaruh Haziq makin berkembang dan surau makin meriah. Ali cuba membakar surau tetapi gagal serta jatuh sakit. Sekalipun marah dengan tindakan Ali, Haziq tetap berusaha membantu mengubatin­ya dan situasi itu telah menginsafk­an Ali.

Setelah kejadian itu, Nordin pula mengalami sakit yang sama dan setelah sekian lama barulah beliau bersetuju untuk memohon maaf dengan Haziq kerana tanah yang diwakafkan arwah Marzuki telah ditukar milik oleh Nordin. Dia berterus-terang dengan Haziq kesilapan yang pernah dilakukann­ya dahulu.

Mampukah Haziq memaafkann­ya? Adakah Nordin sememangny­a insaf atau hanya berpurapur­a? Ikuti kesudahan telemovie khas Maulidur Rasul ini hanya di TV2.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia