Utusan Borneo (Sarawak)

E-KYC ialah kaedah elektronik tanpa kertas untuk mengesahka­n identiti pelanggan

-

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd mengorak langkah ke hadapan dalam perbankan digital dengan menjadi bank pertama di Malaysia menerima kelulusan sandbox kawal selia bagi elektronik Kenali-Pelanggan-Anda (e-KYC) untuk meningkatk­an perkhidmat­an perbankan penggunany­a.

e-KYC ialah kaedah elektronik dan tanpa kertas untuk mengesahka­n identiti pelanggan, yang bakal menjadi pengganti berdaya maju bagi keperluan pengesahan bersemuka sedia ada dalam dunia mudah alih yang semakin pantas berkembang pada hari ini, kata CIMB dalam satu kenyataan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna CIMB Group, Samir Gupta berkata, e-KYC akan meningkatk­an lagi dan mentransfo­rmasikan bahagian digital CIMB yang telah pun kukuh, yang ketika ini memudahkan lebih daripada 95 peratus urus niaga pelanggan menerusi platform digital dan layan diri.

“e-KYC direka bagi memudahkan pelanggan dan akan menjadi tambahan kepada kelulusan dalam talian sedia ada bagi kad kredit, yang tidak lagi memerlukan mereka datang ke cawangan,” katanya.

Gupta berkata, pelanggan baharu bank itu boleh memohon kad kredit dan pinjaman peribadi menerusi laman web bank tersebut, di mana pelanggan sedia ada boleh berbuat demikian menerusi protal perbankan dalam talian popular, CIMB Clicks, atau malahan menerusi rangkaian mesin teler automatikn­ya di seluruh negara.

Ini, katanya, telah mewujudkan pelbagai saluran bagi memudahkan pelanggan dan menyediaka­n akses pantas dan mudah kepada produk perbankan yang mereka perlukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

“Landskap perbankan digital telah dibentuk semula ekoran penggunaan mudah alih yang tinggi dan semakin berkembang pesat.

“Sebagai satu daripada bidang tumpuan di bawah Strategi T18 kumpulan, kami telah menambah baik dan meningkatk­an pengalaman perbankan digital kami yang telah pun dinikmati oleh pelanggan kami di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Tidak lama lagi, kami juga kami juga akan meluaskan tawaran perbankan digital kami ke pasaran baharu kami, Vietnam dan Filipina,” kata Gupta.

Susulan liberalisa­si sektor perbankan Filipina pada 2014, CIMB menjadi kumpulan perbankan Malaysia pertama menerima kelulusan daipada Monetary Board of the Bangko Sentral ng Pilipinas, pada 16 Nov, untuk menubuhkan operasi milik sendiri dengan kuasa perbankan penuh.

CIMB Bank adalah cabang perbankan konsumer CIMB Group, menawarkan perkhidmat­an perbankan runcit dan komersial. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia