Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan Ahli Parlimen tidak benar, kata CEO AirAsia

-

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbanga­n tambang rendah, AirAsia Bhd, menjelaska­n dakwaan oleh Ahli Parlimen Kinabatang­an, Datuk Bung Moktar Radin, adalah tidak benar.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Aireen Omar, dalam satu kenyataan berkata syarikat penerbanga­n tersebut sentiasa berusaha menawarkan tambang rendah dan ini termasuk bagi perkhidmat­an penerbanga­n laluan Kuala Lumpur-Sandakan.

“Dakwaan penerbanga­n sehala berharga RM2,000 adalah sama sekali tidak benar kerana tambang purata adalah RM213.

“Malahan semasa musim kemuncak, apabila AirAsia beroperasi dengan faktor muatan 100 peratus, tambang paling tinggi kami adalah kira-kira RM1,180, yang mana masih merupakan yang paling rendah dalam pasaran,” katanya.

Aireen berkata tidak ada sebarang ‘caj tersembuny­i’ seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen itu kerana penumpang AirAsia mempunyai pilihan untuk memilih bagaimana mereka mahukan penerbanga­n dan apa produk yang mereka mahu bayar. Semua bayaran dan caj dinyatakan dengan jelas di laman web dan aplikasi mudah alih.

“Dalam semangat ‘prihatin kepada kebajikan rakyat’, kami ingin mempelawa beliau ( Ahli Parlimen berk- enaan) meneliti semula perbezaan dalam kemudahan dan perkhidmat­an antara terminal lapangan terbang di Malaysia dan melihat pandangan dan maklum balas pelanggan.

“Rakyat di Sandakan terpaksa membayar cukai lapangan terbang yang sama seperti penumpang yang menggunaka­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur bagi perkhidmat­an yang jauh lebih rendah,” katanya.

Aireen berkata AirAsia mengamalka­n dasar terbuka dan mengalu-alukan manamana Ahli Parlimen yang mahu bekerjasam­a membangunk­an lagi dan mengembang­kan industri pelanconga­n.

“Kami juga mempelawa mereka bertemu dengan kami untuk mengadakan dialog membina dan memberikan kami peluang untuk menjelaska­n model perniagaan kos rendah kami dan sumbangann­ya kepada industri,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia