Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar raya Boulevard anjur kempen Anmum Essential tiga hari

-

MIRI: Si manja dilahirkan dengan kira-kira 100 bilion sel-sel otak, tapi bukan semua dihubungka­n.

lbu bapa memainkan peranan penting untuk membantu menghubung­kan selsel otak dengan memberikan rangsangan yang positif dan nutrisi yang baik.

Perkembang­an hubungan sel-sel otak boleh menyokong kebolehan si manja sehingga belajar dan berkembang dari segi mental, emosi dan sosial.

Anmum Essential kini dengan Mind- Q Connect mengandung­i DHA dan dua kali lebih GA (Gangliosid­a).

Ini adalah kombinasi nutrien penting yang terdapat di dalam otak si manja.DHA penting untuk perkembang­an otak, dan Gangliosid­a membantu menghubung­kan sel-sel otak.

Selama tiga hari dari 24 hingga 26 November, di pasar raya Boulevard di kompleks beli- belah The Imperial Mall, Miri wakil- wakil Anmum Essential akan berada di lokasi dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam un- tuk menjawab soalan-soalan ibu bapa tentang rangkaian produk Anmum.

Para ibu bapa digalakkan membawa si manja anda untuk menyertai aktiviti yang menyeronok­kan, dan anda juga boleh mendapat hadiah percuma dengan pembelian produk.

Dapatkan balang air ‘Thermocafe’ percuma dengan pembelian tiga pek Anmum Materna/ Lacta 650g; dan ‘Foldable Playground’ dengan bola mainan kanak-kanak percuma dengan pembelian tiga tin Anmum Essential 1.6kg atau empat pek Anmum Essential 1.2kg. Promosi sementara stok masih ada.

Fonterra Brands merupakan pengekspor­t produk tenusu terbesar di dunia dari New Zealand, dan pembekal terkemuka rangkaian terbe- sar produk tenusu dewasa dan ibu hamil, yogurt dan bahan- bahan khusus untuk memenuhi keperluan pengguna dan pengendali perkhidmat­an makanan profesiona­l di lebih 140 negara di seluruh dunia.

Di Malaysia, Fonterra Brands mengeluar, mengedar dan memasarkan rangkaian produk tenusu, termasuk susu sedia diminum, susu tepung, minuman susu berkultur, keju dan mentega di bawah jenama Anmum Materna, Anmum Lacta, Anmum Essential, Fernleaf, Calciyum, Anlene dan Anchor.

Semua produk tenusu pengguna Fonterra Brands di Malaysia diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan New Zealand Islamic Developmen­t Trust (NZIDT).

 ??  ?? NUTRISI YANG BAIK: Pengurus Operasi pasar raya Boulevard Danny Lau (dua kiri) serta kakitangan pasar raya dan wakil daripada Fonterra Brands Malaysia menunjukka­n produk tenusu Anmum.
NUTRISI YANG BAIK: Pengurus Operasi pasar raya Boulevard Danny Lau (dua kiri) serta kakitangan pasar raya dan wakil daripada Fonterra Brands Malaysia menunjukka­n produk tenusu Anmum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia