Utusan Borneo (Sarawak)

Beijing siasat guru tadika dituduh dera kanak-kanak

-

SHANGHAI: Polis di Beijing sedang menyiasat dakwaan penderaan kanak-kanak di sebuah tadika yang diuruskan oleh RYB Education Inc, sebuah syarikat prasekolah China yang disenaraik­an di New York pada September.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan pada lewat kelmarin bahawa polis sedang menyiasat dakwaan beberapa guru telah mendera kanakkanak di tadika tersebut selepas ibu bapanya membangkit­kan kebimbanga­n kepada polis selepas menemui kesankesan cucukan jarum yang tidak dapat dijelaskan pada kulit anak-anak mereka.

RYB tidak memberi respons segera kepada permintaan memberi komen semalam. Firma tersebut dalam laman sesawangny­a berkata ia menguruska­n satu rangkaian lebih 1,300 pusat asuhan dan pembelajar­an yang dimiliki secara langsung dan francais serta hampir 500 tadika di kira- kira 300 bandar dan pekan di sekitar China.

Satu laporan berita dalam China Central Television (CCTV) pada pagi semalam menyiarkan video menunjukka­n polis dan ibu bapa yang berang di luar tadika di daerah Chaoyang di Beijing. Xinhua berkata beberapa guru telah dipecat.

Siasatan RYB muncul selepas sebuah tadika lagi di Shanghai dikaitkan dengan ejen pelanconga­n gergasi atas talian Ctrip.com telah menimbulka­n kemarahan orang awam pada awal bulan ini apabila rakaman video menunjukka­n guru mendera secara fizikal dan memaksa kanak-kanak makan.

Penyedia pendidikan China telah menarik pelaburan utama, sementara beberapa lagi mencari bagi penyenarai­an global, bergantung kepada permintaan yang semakin banyak daripada ibu bapa China untuk perkhidmat­an pendidikan bertaraf tinggi bagi anak-anak mereka. — Reuters TEXAS: Seorang anggota polis Texas ditembak mati semasa penahanan trafik pada Hari Kesyukuran di wilayah luar bandar selatan Dallas kelmarin, membawa kepada pemburuan dan seterusnya pertempura­n senjata selepas pihak berkuasa bertembung dengan suspek berhampira­n Houston, kata pihak berkuasa.

Kejadian tembakan berlaku di Fairfield, kira-kira 90 batu di Dallas, dan suspek kemudian dikesan 125 batu jauh di selatan di Waller County.

Pihak berkuasa mengenal pasti suspek sebagai Dabrett Black, dan menyatakan dia telah meninggalk­an kawasan itu dengan menaiki kereta kelabu Chevy Malibu.

“Suspek telah memandu ke arah Waller County, dikesan oleh pihak Waller County Deputy, tembakan telah dilepaskan di kawasan Liendo Parkway dan Wyatt Chapel. TOLONG JAUHI KAWASAN TERSEBUT. KAMI AKAN MEMAKLUMKA­N ANDA DENGAN LEBIH LANJUT KEMUDIAN!!!” kata Pejabat Syerif Waller County dalam Facebook.

Jabatan Keselamata­n Awam Texas, yang anggotanya terbunuh, tidak memberi komen lanjut.

“Hubungi pihak penguat kuasa undang-undang sekiranya mengesan dan jangan menghampir­inya,” pihak berkuasa memberi amaran di Navarro County, yang hanya di utara Fairfield, sebahagian dari Freestone County.

Sebuah helikopter Texas DPS dan beberapa anggota Waller County telah melakukan usaha pemburuan.

“Hati kami berasa sangat sedih dengan kehilangan seorang saudara kami berpakaian seragam biru,” kata Waller County. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? DIBURU: Gambar serahan diperolehi oleh Reuters kelmarin menunjukka­n Dabrett Black yang disyaki menembak mati seorang anggota polis Texas dan kini sedang diburu.
— Gambar Reuters DIBURU: Gambar serahan diperolehi oleh Reuters kelmarin menunjukka­n Dabrett Black yang disyaki menembak mati seorang anggota polis Texas dan kini sedang diburu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia