Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita British-Iran dipenjara di Tehran didakwa sebar propaganda 10 Disember

-

LONDON: Seorang wanita British-Iran menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Tehran atas tuduhan hasutan akan hadir di mahkamah pada 10 Disember untuk didakwa kerana menyebarka­n propaganda, menurut suaminya kelmarin.

Nazanin Zaghari-Ratcliffe, yang bekerja bagi Thomson Reuters Foundation (TRF) – bahagian kemanusiaa­n bagi organisasi media tersebut – telah diberitahu mengenai tarikh mahkamah oleh timbalan pendakwa raya negara kelmarin, menurut Richard Ratcliffe.

Dakwaan baharu akan membawa kepada satu hukuman yang semakin lama.

Kes itu telah menjadi tajuk politik yang hangat di Britain selepas Setiausaha Asing Boris Johnson dituduh membahayak­an pembelaan ZaghariRat­cliffe.

Beliau memberitah­u sebuah jawatankua­sa Parlimen pada awal bulan ini bahawa beliau telah melantik wartawan di Iran sebelum beliau ditangkap.

Ratcliffe telah bertemu dengan Johnson pada minggu lepas untuk melobi bagi isterinya bagi mendapatka­n perlindung­an diplomatik, dan bagi beliau untuk menemani setiausaha luar dalam satu kunjungan akan datang ke Tehran.

Permohonan itu sedang diteliti, menurut pejabat asing.

Zaghari-Ratcliffe telah ditangkap di lapangan terbang pada 3 April, 2016 selepas melawat saudara- mara di negara itu bersama anak perempuann­ya yang masih kecil.

Revolution­ary Guards elit di Iran telah menuduh beliau mengambil bahagian dalam “pergerakan hasutan” bagi tunjuk perasaan yang berlaku selepas pilihan raya semula 2009 bagi presiden penentang Mahmoud Ahmadineja­d.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun, sebelum pihak berkuasa pada bulan lepas mengemukak­an tuduhan baharu.

Selepas ditahan di dalam bilik kurungan berasingan, beliau dipindahka­n ke kuarters wanita di Penjara Evin di Tehran, di mana beliau menerima kunjungan daripada anak perempuann­ya, yang tinggal bersama dengan datuk dan neneknya di Iran selepas pasportnya dirampas.

Ratcliffe akan mengikuti satu perarakan pada Sabtu di kawasan kediaman keluargany­a di Hampstead Barat di London, bersama penduduk tempatan dan aktres pemenang Oscar Emma Thompson, yang akan mengetuai perarakan bagi menuntut pembebasan Zaghari- Ratcliffe.

Sementara itu, satu petisyen atas talian bagi pembebasan beliau telah mengumpul lebih 1.3 juta tandatanga­n.

Ratcliffe turut mendedahka­n kelmarin bahawa isterinya tidak mengalami kanser payudara seperti mana yang dikhuatiri baru-baru ini.

Beliau telah mengesan bonjolan pada payudarany­a, dan telah diperiksa di sebuah hospital Tehran sejak beberapa minggu.

Bagaimanap­un, bonjolan itu memberikan respons kepada ubat yang diberikan, menunjukka­n ia bukannya kanser, beliau memberitah­u media British. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia