Utusan Borneo (Sarawak)

PENAMPAR DIBALAS SIKU

Tindakan wanita rampas telefon bimbit, tampar lelaki cetus pergaduhan kumpulan ‘baju putih’ dan ‘baju hitam’.

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Tindakan seorang wanita yang merampas telefon bimbit milik seorang lelaki serta menamparny­a mencetuska­n satu pergaduhan antara dua kumpulan di sebuah kafe di Jalan Wong King Huo, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit berkata, tujuh suspek termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu berjaya ditahan di Jalan Keranji dan Jalan Kampung Nyabor sejurus selepas Bahagian Siasatan Jenayah polis daerah dimaklumka­n.

“Pergaduhan tersebut dipercayai berlaku selepas seorang wanita merampas telefon bimbit milik seorang lelaki serta menamparny­a menyebabka­n lelaki itu membalas dengan memukul wanita itu menggunaka­n siku sehingga cedera di muka,” ujarnya.

Zailanni berkata, satu rakaman video memaparkan adegan pergaduhan antara dua kumpulan terbabit kemudianny­a dimuat naik dan tular di media sosial Facebook.

“Ini menjurus kepada penangkapa­n suspek-suspek berumur antara 20 dan 30 tahun di dua lokasi berasingan tersebut,” katanya.

Menurut Zailanni, kumpulan ‘baju putih’ dan ‘baju hitam’ terbabit sedang duduk di meja berasingan di kafe tersebut sekitar jam 1.30 petang apabila suspek wanita berumur 30 tahun dari satu kumpulan tiba-tiba meluru ke meja satu lagi kumpulan dan merampas telefon bimbit milik lelaki berumur 26 tahun serta menamparny­a.

Katanya, siasatan awal polis mendapati punca kejadian disebabkan salah faham antara wanita terbabit yang menyedari lelaki tersebut merakam gambarnya menggunaka­n telefon bimbit.

Zailanni berkata, suspek lelaki itu mendakwa dia merakam gambar suspek wanita terbabit hanya dengan tujuan ingin bergurau dan mengusik.

“Kejadian bertambah serius apabila rakan kedua-dua kumpulan campur tangan menggunaka­n kayu dan parang untuk mengugut sesama mereka,” jelasnya.

Sehingga berita ini ditulis, pihak polis masih berusaha untuk mengesan kesemua senjata yang digunakan dalam pergaduhan itu.

“Suspek-suspek yang ditangkap akan menjalani saringan awal air kencing dan akan direman untuk siasatan lanjut,” tambahnya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata (kayu dan parang).

 ??  ?? DICEKUP: Enam daripada tujuh suspek ditahan polis untuk siasatan lanjut.
DICEKUP: Enam daripada tujuh suspek ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia