Utusan Borneo (Sarawak)

TABIKA KEMAS TERIMA ANUGERAH EMAS ‘TRUSTED BRAND OF THE YEAR 2017’

-

TABIKA KEMAS barubaru ini telah diiktiraf dan menerima Anugerah Emas ‘Trusted Brand of the Year 2017’ dalam kategori perkhidmat­an Pendidikan Awal Kanak- Kanak oleh majalah Antarabang­sa Keluarga, Reader’s Digest.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, anugerah menunjukka­n prasekolah ini berupaya menyediaka­n peluang pendidikan awal kanakkanak yang berkualiti tinggi setanding dengan tadika swasta.

“Pengiktira­fan ini merupakan hasil usaha warga pendidik Tabika KEMAS yang sentiasa berusaha gigih untuk melahirkan modal insan yang unggul dan berkualiti tinggi.

“Semoga pengiktira­fan tersebut akan menjadi penyuntik semangat serta motivasi kepada kita di sini untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan yang sama,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n Mini Kanak-kanak TABIKA dan KEMAS Permata KEMAS Parlimen Batang Sadong, baru-baru ini.

Bidang pendidikan tegasnya, merupakan aktiviti penting dalam menjayakan semua projek pembanguna­n termasuk ekonomi dan pembanguna­n sosial di negara ini.

Justeru bagi memajukan negara dan rakyat, hendaklah ia bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak kerana mereka merupakan aset kepada masyarakat dan negara.

Demikian juga ia menjadi tugas dan peranan semua pihak untuk menentukan kanak-kanak mempunyai peluang untuk berkembang secara holistik dan membimbing ‘potensi’ ini untuk menuju ke arah kejayaan.

Kerajaan jelasnya telah menyediaka­n pembanguna­n infrastruk­tur dan program pembanguna­n insan yang berterusan bagi melengkapk­an kanakkanak dengan kebolehan, ilmu dan kemahiran sebagai usaha menjadikan mereka, anggota negara yang produktif.

Semasa pembentang­an Bajet 2018, kanakkanak turut mendapat keutamaan, malah bayi yang baharu lahir diambil kira kepentinga­n mereka.

“Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) merupakan Dana Tabungan Permulaan bernilai RM200 (Unit Amanah Saham) PNB untuk anak dilahirkan 1 Januari 2018-2022.

“Peruntukan sebanyak RM654 juta untuk pembinaan prasekolah, pusat PERMATA, sekolah rendah dan sekolah menengah dan kolej vokasional serta matrikulas­i.

“Manakala sebanyak RM254 juta juga diperuntuk­kan untuk Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin,” ujarnya.

Komitmen kerajaan katanya, adalah untuk menambah baik sistem pendidikan awal kanak-kanak secara berterusan, di mana modul pembelajar­an institusi prasekolah kini turut diselarask­an.

Jawatankua­sa Pendidikan Awal KanakKanak juga telah ditubuhkan bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatk­an potensi prasekolah kerajaan.

Ia disertai pakar dari Kementeria­n Pendidikan, KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Permata Negara (PERMATA).

Seramai 162 kanakkanak dari Taska dan Tabika KEMAS Parlimen Batang Sadong telah hadir untuk menerima skrol tamat sekolah masingmasi­ng, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Naroden Majais serta ADUN Simunjan, Awla Dris.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Nancy (empat kanan) bersalaman dengan salah seorang penerima skrol Taska dan Tabika KEMAS, baru-baru ini.
TAHNIAH: Nancy (empat kanan) bersalaman dengan salah seorang penerima skrol Taska dan Tabika KEMAS, baru-baru ini.
 ??  ?? AKTIF: Kanak-kanak Taska dan Tabika KEMAS rancak berbual sambil menunggu giliran masing-masing menerima skrol.
AKTIF: Kanak-kanak Taska dan Tabika KEMAS rancak berbual sambil menunggu giliran masing-masing menerima skrol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia