Utusan Borneo (Sarawak)

PENENTUAN JUARA HARI INI

Lapan pasukan suku akhir Terbuka Lelaki, 26 pasukan Terbuka Wanita dan 28 pasukan Bawah 12 rebut mahkota Pertanding­an Futsal Piala Utusan Borneo Siri Ke-4

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Penentuan pasukan mana yang akan dimahkotak­an juara Pertanding­an Futsal Piala Utusan Borneo Siri Ke-4 bakal berlangsun­g petang ini di Stadium Futsal Vikings.

Selepas bersaing sengit dalam peringkat kumpulan semalam, lapan pasukan berjaya menempah slot ke suku akhir dalam kategori utama, Terbuka Lelaki.

Turut mencuri tumpuan persaingan bagi menentukan juara kategori Terbuka Wanita dan Bawah 12 Tahun Lelaki yang juga akan ditentukan hari ini.

Kategori Terbuka Wanita yang diperkenal­kan pada edisi kali ini dijangka menarik perhatian dengan 26 pasukan mengesahka­n penyertaan untuk memburu kejuaraan sulung.

Saingan akan bermula dengan pencarian 16 pasukan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Manakala, 28 pasukan juga akan memulakan saingan dalam kategori Bawah 12 Tahun Lelaki pagi ini.

Kedua-dua kategori tersebut akan bermula pada jam 8 pagi.

Pertanding­an Futsal Piala Utusan Borneo Siri Ke-4 menawarkan hadiah keseluruha­n berjumlah RM8,650 termasuk piala, pingat dan sijil.

Juara kategori Terbuka Lelaki akan membawa pulang RM2,000, trofi, pingat dan sijil, manakala naib johan bakal meraih RM1,500, trofi, pingat dan sijil.

Bagi dua pasukan yang tewas pada separuh akhir, masing-masing menerima RM500, pingat dan sijil selaku pemenang tiga bersama.

Untuk kategori Terbuka Wanita, juara akan menggondol RM800, trofi, pingat dan sijil.

Naib johan menerima RM550, trofi, pingat dan sijil dan pemenang tiga bersama bakal menerima RM300, pingat dan sijil.

Bagi kategori Bawah 12 Tahun Lelaki, johan akan meraih RM1,000 berserta trofi, pingat dan sijil.

Naib johan akan menerima RM600, trofi, pingat dan sijil berbanding RM300, pingat dan sijil kepada pemenang tiga bersama.

KUCHING: Hari pertama Pertanding­an Futsal Piala Utusan Borneo Siri Ke-4 berlangsun­g rancak di Stadium Futsal Vikings semalam.

Ia menyaksika­n sejumlah 74 pasukan berentap dalam kategori Terbuka Lelaki untuk memburu kejuaraan.

Pasukan bertanding dibahagika­n kepada 16 kumpulan yang melibatkan keseluruha­n 160 perlawanan di peringkat kumpulan.

Lapan pasukan terbaik akan berentap pada fasa kalah mati yang bermula pada jam 2 petang ini.

Turut berlangsun­g hari ini kategori Terbuka Wanita melibatkan 26 pasukan dan Bawah 12 Tahun Lelaki sebanyak 28 pasukan.

 ??  ?? SEMANGAT KESUKANAN: Sebahagian pasukan dan pengadil yang menyertai Pertanding­an Futsal Utusan Borneo Siri Ke-4 2017 sebelum memulakan aksi perlawanan Kategori Lelaki Terbuka di Stadium Futsal Vikings, Kuching, semalam. Siri keempat penganjura­n,...
SEMANGAT KESUKANAN: Sebahagian pasukan dan pengadil yang menyertai Pertanding­an Futsal Utusan Borneo Siri Ke-4 2017 sebelum memulakan aksi perlawanan Kategori Lelaki Terbuka di Stadium Futsal Vikings, Kuching, semalam. Siri keempat penganjura­n,...
 ??  ?? SENGIT: Sebahagian daripada aksi empat pasukan yang berentap di pusingan kalah mati, malam tadi.
SENGIT: Sebahagian daripada aksi empat pasukan yang berentap di pusingan kalah mati, malam tadi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia