Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan khas siasat penemuan RM13.04j di Sabah

JIM temui wang ketika lancar serbuan ‘Ops Gegar’ di sebuah hotel dan pangsapuri di Kota Kinabalu

-

PORT DICKSON: Jabatan Imigresen Malaysia ( JIM) akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat penemuan wang tunai RM13.04 juta di Sabah kelmarin.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Mustafar Ali berkata pasukan itu akan menyelaras­kan siasatan dengan JIM Sabah untuk memastikan semua aspek diteliti.

“Wang ini telah dijumpai ketika pihak JIM Sabah melakukan ‘ Ops Gegar’ di sebuah hotel di Kota Kinabalu yang pada mulanya hanya menahan 21 individu tetapi turut menjumpai wang tunai RM11.88 juta di situ.

“Siasatan lanjut menemui RM1.16 juta lagi di pangsapuri milik seorang daripada yang ditahan, tidak jauh dari lokasi serbuan,” katanya pada sidang media selepas Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 Siri 4/ 2017 di Akademi Imigresen Malaysia, dekat sini semalam.

Mengulas lanjut, Musta- far berkata operasi tersebut turut menyaksika­n 17 wanita Filipina berusia lingkungan belasan tahun hingga 30- an ditahan, dipercayai mangsa sindiket pelacuran yang didalangi tiga lelaki tempatan.

Beliau berkata selain Akta Imigresen, kes terbabit turut melibatkan Kanun Prosedur Jenayah serta

Siasatan lanjut menemui RM1.16 juta lagi di pangsapuri milik seorang daripada yang ditahan, tidak jauh dari lokasi serbuan. Datuk Seri Mustafar Ali Ketua Pengarah JIM

Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia