Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal cedera parah terlibat kemalangan dengan kereta

-

KUCHING: Seorang penunggang motosikal dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan di Jalan Batu Kawa, di sini kelmarin.

Menurut sumber, lelaki berusia 24 tahun itu semasa kejadian dikatakan bergerak lurus apabila dikatakan melanggar sebuah kereta yang dipercayai tiba-tiba membuat pusingan ‘U’ sekitar jam 7 malam.

Impak pelanggara­n tersebut menyebabka­n mangsa tercampak beberapa meter dari tempat kejadian.

“Orang ramai yang melihat kejadian tersebut kemudian segera membantu mangsa selain turut menghubung­i ambulans untuk bantuan perubatan.

“Mangsa yang parah di kepala dan turut mengalami kecederaan dalaman kemudian dikejarkan ke HUS dan kemudian dimasukkan ke wad Unit Perubatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut,” kata sumber.

Difahamkan pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara dalam kejadian berasingan, seorang lelaki hanya mengalami kecederaan ringan selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Jalan Datuk Ajibah Abol, di sini semalam.

Mangsa semasa kejadian dikatakan memandu kereta bersendiri­an apabila dipercayai gagal mengawal keretanya lalu terbabas iaitu sekitar jam 3.30 petang.

“Mangsa bagaimanap­un hanya mengalami kecederaan ringan sungguh pun dikatakan tercampak dari dalam kereta,” kata sumber.

 ??  ?? PARAH: Penunggang motosikal yang parah selepas motosikaln­ya bertembung dengan kereta di Jalan Batu Kawa.
PARAH: Penunggang motosikal yang parah selepas motosikaln­ya bertembung dengan kereta di Jalan Batu Kawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia