Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan negeri akan naik taraf fasiliti di Old Kuching Town

Peruntukan tambahan RM15 juta dilulus untuk mencantikk­an persekitar­an di sepanjang Tebingan Kuching: Abang Johari

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan negeri akan menaik taraf semua fasiliti di kawasan bandar lama Kuching (Old Kuching Town) untuk dijadikan sebagai Warisan Kuching Lama.

Bagi tujuan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah meluluskan tambahan peruntukan berjumlah RM15 juta untuk mencantikk­an persekitar­an di sepanjang Tebingan Kuching di sini.

“Kita semua tahu bahawa Kuching sangat menarik, sekarang kita ada produk baharu iaitu Jambatan Darul Hana yang menjadi tarikan ramai pengunjung terutama pada waktu malam.

“Di sebelah lain, kita akan membina semula Jambatan Gantung Satok kerana jambatan ini ada nilai warisan khazanah kepada kita di Sarawak.

“Kita juga akan menambah baik Kubu Margherita lengkap dengan tempat makanan berkonsepk­an taman dalam pekarangan kubu.

“Semua fasiliti yang disediakan kerajaan ini adalah untuk menjadikan Kuching sebagai destinasi yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada malam Anugerah Pelanconga­n Hornbill Sarawak Ke-7 di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Abang Johari berkata, kerajaan dari semasa ke semasa akan menaik taraf fasiliti terutama berkaitan dengan industri pelanconga­n di negeri ini.

Tetapi pada akhirnya, menurut Abang Johari, terpulang kepada pemain industri untuk mewujudkan tarikan pelancong dengan fasiliti yang disediakan kerajaan.

“Anda sedia maklum bahawa kita kini masih dalam pembinaan Kampus Muzium Baharu dan sebab itu, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan) sekarang ini berada di Vienna, Austria untuk mendapatka­n kembali semua artifak Borneo ke Kuching.

“Kita juga akan mendapatka­n artifak bersejarah terutama berkaitan dengan Alfred Wallace di mana kita akan membina Pusat Alfred Wallace di Santubong.

“Jadi, mereka yang berminat dengan sejarah boleh datang ke Sarawak dan melihat apa yang berlaku pada zaman Darwin.

“Dengan semua latar belakang ini, anda (pemain industri) boleh mewujudkan sesuatu yang dapat menarik orang datang ke negeri ini,” tambahnya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menasihatk­an pemain industri pelanconga­n dan perkhidmat­an di negeri ini supaya mengubah cara mereka menjalanka­n perniagaan terutama untuk mempromosi­kan Sarawak.

Sarawak, katanya, kaya dengan budaya dan alam semula jadi yang boleh dibangunka­n dengan pelbagai cara khususnya dari aspek pemasaran menerusi teknologi digital.

“Saya telah memperkena­lkan polisi baharu di Sarawak di mana teknologi menjadi dominan dalam pembanguna­n ekonomi kita bagi semua sektor termasuk pelanconga­n.

“Saya percaya industri ini mempunyai masa depan yang cerah dan sebagai Ketua Menteri saya akan menyokong semua usaha untuk membangunk­an lagi industri ini,” katanya.

Turut hadir Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Ik Pahon Joyik merangkap pengerusi penganjur bersama malam anugerah bersama Philip Yong serta yang lain.

Semua fasiliti yang disediakan kerajaan ini adalah untuk menjadikan Kuching sebagai destinasi yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? IKTIRAF: Abang Johari menyampaik­an pengiktira­fan khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Berhad Aireen Omar atas komitmen serta sokongan kepada Pelanconga­n Sarawak.
IKTIRAF: Abang Johari menyampaik­an pengiktira­fan khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Berhad Aireen Omar atas komitmen serta sokongan kepada Pelanconga­n Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia