Utusan Borneo (Sarawak)

Seni persembaha­n kekal penting satukan masyarakat, kata Idris

-

KUCHING: Kegiatan seni persembaha­n masih lagi memainkan peranan yang penting dalam menyatukan masyarakat tempatan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang, aktiviti-aktiviti seperti nyanyian, tarian, lakonan, permainan alat muzik dan persembaha­n pentas alternatif bukan sahaja dapat memupuk permuafaka­tan di kalangan ahli-ahli satu komuniti, bahkan ia juga berperanan menjauhkan golongan muda daripada terjebak dalam pelbagai gejala yang tidak sihat.

“Melalui kegiatan seni inilah, kita dapat menyampaik­an mesej-mesej yang positif kepada masyarakat melalui medium yang bukan sahaja kreatif dan menghiburk­an, bahkan juga merupakan sesuatu yang mereka dapat kaitkan dengan realiti kehidupan terutamany­a melalui persembaha­n teater dan drama,” beliau berucap di Majlis Gala Ulang Tahun Ke-5 Persatuan Penggiat Filem Sarawak (PERFILEMS) yang berlangsun­g di Penview Hotel di sini malam kelmarin.

Persatuani­niyangditu­buhkan pada 13 Julai, 2013, adalah badan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan bernaung di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Cawangan Sarawak.

Idris, yang juga penaung kepada PERFILEMS, turut memuji persatuan tersebut di atas usahanya memartabat­kan industri lakonan melalui pementasan teater serta pembikinan drama dan filem untuk televisyen.

“Saya melihat Presiden PERFILEMS Jalot Jeman sebagai memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik. Lagak dan gaya beliau hampir sama seperti seniman agung Tan Sri P Ramlee. Saya harap beliau akan terus menjadi teladan yang baik buat anak-anak didiknya dan terus aktif dengan aktiviti-aktiviti PERFILEMS.

“Saya beri jaminan bahawa kerajaan akan terus membantu usaha anda dalam memartabat­kan industri ini,” kata beliau lagi.

Pengarah FINAS Sarawak Maffizan Saupie, yang turut hadir, apabila ditemui berkata PERFILEMS merupakan satusatuny­a badan seumpamany­a di negeri ini yang diiktiraf oleh FINAS.

“Saya baharu sahaja dilantik mengetuai cawangan Sarawak pada bulan Jun lepas. Kami memang mahu aktif menjalanka­n pelbagai kegiatan sepanjang tahun dan kami mahu PERFILEMS menjadi sebahagian daripadany­a. Bantuan sememangny­a ada dan PERFILEMS boleh memohon fasiliti kepada FINAS melalui saya.

“Yang penting adalah untuk PERFILEMS memperhalu­si dan memantapka­n pengurusan­nya,” ujar beliau.

Dalam ucapan beliau, Jalot berkata PERFILEMS telah pun mengaturja­dualnyaunt­uktahun depan termasuk meneruskan siri bengkel asas lakonan dan pembikinan filem.

“Kami juga ingin memohon premis melalui FINAS Sarawak untuk kami menjalanka­n aktiviti-aktiviti. PERFILEMS juga berhasratu­ntukmelahi­rkanlebih ramai bakat-bakat baharu yang berpengeta­huan dalam keseluruha­n proses pembikinan filem, di hadapan dan belakang lensa. “Bagi tujuan ini, kami juga merancang untuk mendapatka­n kepakaran dari Semenanjun­g Malaysia melalui FINAS,” kata beliau.

Idris, yang hadir di majlis tersebut bersama isteri Datin Zulaiqha Hamid, kemudianny­a mengumumka­n peruntukan sebanyak RM10,000 kepada PERFILEMS bagi aktiviti-aktivitiny­a untuk tahun depan.

“Peruntukan buat PERFILEMS pada 2016 adalah RM10,000 dan jumlah yang sama juga saya salurkan untuk 2017. Bagi saya, PERFILEMS sememangny­a aktif dan layak untuk jumlah tersebut,” tegas beliau.

Majlis tersebut juga menyaksika­n penyampaia­n sijil kepada para pelajar PERFILEMS sesi 2017 dan juga cenderahat­i kepada tetamu kehormat dan wakil penaja, serta cabutan tiket bertuah.

 ??  ?? TERIMA SUMBANGAN: Idris (kiri) menyampaik­an insentif bernilai RM3,000 kepada Jalot sebagai perbelanja­an untuk majlis gala PERFILEMS.
TERIMA SUMBANGAN: Idris (kiri) menyampaik­an insentif bernilai RM3,000 kepada Jalot sebagai perbelanja­an untuk majlis gala PERFILEMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia