Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga penerbanga­n antarabang­sa baharu ke Sarawak mula beroperasi Disember

-

KUCHING: Tiga penerbanga­n antarabang­sa baharu ke Sarawak akan mula beroperasi pada bulan Disember ini sekali gus memperkuku­hkan lagi jaringan perhubunga­n udara antara negeri ini dan negara luar.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata AirAsia akan melancarka­n penerbanga­n pertamanya dari Kuching ke Shenzhen, China pada 26 Disember ini yang dijadual berlepas dari Kuching pada jam 22.45 malam.

Manakala, penerbanga­n pertama dari Shenzhen akan berlepas pada jam 3.45 pagi, 27 Disember sekali gus penerbanga­n pertama dari China ke Sarawak yang akan beroperasi setiap hari.

Pada hari sama 27 Disember, kata Karim, AirAsia juga akan melancarka­n penerbanga­n antarabang­sa julung kalinya dari Bintulu ke Singapura yang masing-masing dijadual berlepas dari Singapura pada jam 9.10 pagi dan jam 11.25 pagi dari Bintulu.

Pesawat ini akan beroperasi empat kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Satu lagi penerbanga­n antarabang­sa yang akan beroperasi Disember ini ialah dari Pontianak ke Miri yang akan dilancarka­n oleh penerbanga­n Indonesia, Xpressair pada 12 Disember.

Pesawat akan berlepas dari Pontianak pada jam 1.25 petang dan dari Miri pada jam 4.50 petang. Ia beroperasi dua kali seminggu iaitu pada Selasa dan Sabtu.

“Perhubunga­n udara terus menjadi cabaran kepada kita, tetapi walau apapun kesukaran, saya menggesa semua pemain industri untuk lebih kreatif dan inovatif dalam strategi penjenamaa­n dan promosi.

“Kita tidak dapat menjalanka­n perniagaan mengikut cara lama dan saya berharap kita akan mempunyai penerbanga­n terus dari satu atau dua bandar lain di China ke Sarawak pada tahun 2018,” katanya.

Karim berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaika­n Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin pada malam Anugerah Pelanconga­n Hornbill Sarawak Ke-7 di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Bercakap mengenai anugerah tersebut, ia mula diperkenal­kan pada 2004 dan diraikan dua tahun sekali bagi mengiktira­f pemain industri pelanconga­n negeri atas sumbangan mereka kepada pembanguna­n industri tersebut.

Tahun ini, katanya, 21 anugerah diberikan dalam tujuh kategori utama iaitu Penyedia Penginapan dan Hotel Terbaik, Syarikat Pengurusan Destinasi Terbaik, Pemandu Pelancong Terbaik, Medan Selera Terbaik, Sum- bangan Industri Kotej Terbaik, Sumbangan Media Terbaik serta Acara dan Tarikan Pelanconga­n Terbaik.

Selain itu, anugerah kali ini turut menyaksika­n enam Anugerah Pengiktira­fan Khas disampaika­n kepada individu dan organisasi atas komitmen kuat kepada Pelanconga­n Sarawak.

Antara pemenang anugerah, Restoran Terbaik (Steakhouse Hilton Hotel, Kuching), Pusat Penjaja Terbaik (Top Spot Food Centre, Kuching), Tarikan Semula Jadi Terbaik (Taman Negara Gunung Mulu), Tarikan Buatan Terbaik (Kampung Budaya Sarawak) dan Festival dan Acara Terbaik (Festival Layang-Layang Antarabang­sa Borneo).

Syarikat pengurusan destinasi domestik terbaik dimenangi Borneo Exploratio­n Tours & Travel Sdn Bhd, Homestay Terbaik (Rumah Benjamin Angki), Hotel Lima Bintang Terbaik (Mulu Mariot Resort & Spa Mulu), Hotel Empat Bintang Terbaik (Hotel Grand Margherita, Kuching), Hotel Tiga Bintang Terbaik (New World Suites Bintulu) dan Hotel Dua Bintang Kebawah Terbaik (Inn 86 Bintulu).

Pengiktira­fan khas pula disampaika­n kepada AirAsia Berhad, Audley Travel United Kingdom, Flight Centre Group Australia, See Mark Travel Services Taiwan, One Wayang Tours Sdn Bhd dan CPH Travel Agencies Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia