Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai pelan hala tuju sosioekono­mi Parlimen Batang Sadong dirangka: Nancy

-

SIMUNJAN: Pelbagaipe­landan hala tuju sosioekono­mi bagi kawasan Parlimen Batang Sadong telah dirangka yang bukan hanya meliputi perancanga­n pembanguna­n infrastruk­tur malah pembanguna­n modal insan.

Mendedahka­n perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sejumlah RM2.82 juta peruntukan di bawah Projek Mesra Rakyat untuk projek fizikal dibelanja tahun ini.

Menurutnya, daripadaju­mlah itu, sebanyak RM1.096 juta dibelanja untuk menjayakan sejumlah 67 program atau projek melibatkan sektor pendidikan.

“Malah banyak lagi program dirancang bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.

“Ia ada untuk membawa lebih banyak kemajuan untuk dinikmati penduduk di kawasan ini dan generasi akan datang,” katanya.

Nancy juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penangguha­n Kursus PraPerkahw­inan Daerah Simunjan, di sini, kelmarin.

Kursus anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Simunjan (LAKIS) dengan kerjasama pihak berkaitan itu disertai 50 orang.

Nancy berharap peserta dapat berusaha untuk sentiasa memperkasa­kan ilmu dengan menyertai apa jua aktiviti dan program yang telah dirancang supaya dapat menjadi sebahagian daripada penyumbang pembanguna­n infrastruk­tur dan modal insan di konstituen­si tersebut.

“Tahniah kepada semua peserta, semoga anda membina rumah tangga bahagia dan menjadi pasangan dapat menyumbang kepada modal insan negara berkualiti menerusi institusi kekeluarga­an yang cemerlang,” katanya.

Mengulas lanjut, Nancy menegaskan supaya pasangan berkahwin harus bijak dalam merancang kewangan keluarga.

Katanya, berdasarka­n kajian dijalankan, lebih 20 peratus pasangan Islam mengalami masalah kewangan dalam usia lima tahun perkahwina­n khususnya dalam kalangan pasangan muda.

Lebihmembu­rukkankead­aan ialah kebanyakan­nya berusia 30 tahun ke bawah bercerai kerana kurang persediaan dalam memikul tanggungja­wab berumah tangga.

“Kita tidak mahu (isu perceraian) ini berlaku kerana mereka yang berusia dalam lingkungan 30 tahun ke bawah ini merupakan sebahagian pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang.

“Bagaimana Malaysia kini sedang mempersiap diri ke arah negara maju menjelang 2020 dapat menjadikan impian itu satu realiti, jika anak muda hari ini tidak berupaya menjadi pemimpinda­lamsebuahi­nstitusi kekeluarga­an,” ujar beliau.

Turut hadir, ADUN Simunjan, Awla Dris.

 ??  ?? BERSAMA: Nancy bersama Awla ketika menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta Kursus Pra-Perkahwina­n Daerah Simunjan.
BERSAMA: Nancy bersama Awla ketika menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta Kursus Pra-Perkahwina­n Daerah Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia