Utusan Borneo (Sarawak)

Semua pusat pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini harus memasukkan kanak-kanak berkeperlu­an khas: Fatimah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Semua pusat pendidikan awal kanakkanak di negeri ini harus memasukkan kanak-kanak dengan keperluan khas dalam kelas atau pusat masing-masing.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kanak-kanak dengan keperluan khas ini tidak harus didiskrimi­nasi.

“Saya faham ramai guru dan penyedia jagaan enggan mengambil kanak- kanak dengan keperluan khas dalam program kerana tidak rasa yakin keupayaan menyedia peluang pembelajar­an dan sokongan kepada kanak-kanak ini.

Pengabaian awal akan memberi kesan yang lama kepada kanak-kanak dengan keperluan khas dan campur tangan awal program pendidikan paling berkesan ke atas masalah ini.

“Justeru, amat penting untuk guru dan penyedia jagaan mempunyai peluang bagi pembanguna­n profesiona­l khusus dengan menghadiri bengkel, seminar dan persidanga­n berkaitan bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Pertama Inklusi Pendidikan Awal KanakKanak yang berlangsun­g semalam tiga hari bermula 24 hingga 26 November di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Fatimah berkata inklusi dalam jagaan dan pendidikan awal kanakkanak amat penting bagi kanak-kanak dengan keperluan khas.

Katanya, ini kerana pembentuka­n minda kanakkanak bermula pada tahun awal dengan 80 peratus dari- pada kapasiti otak kanakkanak dibangun sebelum usia tiga tahun.

“Inklusi boleh digambarka­n sebagai amalan melibatkan kanak-kanak tidak berupaya dalam pendidikan awal kanak-kanak dengan kanak- kanak biasa pada umur sama dibawah arahan dan sokongan khas.

“Pengabaian awal akan memberi kesan yang lama kepada kanak-kanak dengan keperluan khas dan campur tangan awal program pendidikan paling berkesan ke atas masalah ini,” katanya.

Persidanga­n itu merupakan anjuran Persatuan Pengasuh Kanak- Kanak Berdaftar Sarawak (PPBS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Majlis Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-Kanak (NECIC).

Presiden PPBS Ng Lee Boon dalam pada itu percaya, persidanga­n ini merupakan langkah pertama ke arah untuk semua kanak-kanak mendapatka­n pendidikan dan jagaan pada kualiti terbaik.

Dengan persidanga­n ini, persatuan berharap peserta seramai 300 orang akan mendapat manfaat daripada program dan menyampaik­an pengetahua­n yang diperolehi mereka untuk manfaat yang lain terutama kanak-kanak dengan keperluan khas.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak

 ??  ?? SAMPAIKAN: Fatimah ( tengah) menyampaik­an cek sumbangan bernilai RM1,500 kepada wakil Persatuan Austatisti­k Kuching sempena Persidanga­n Pertama Inklusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kuching semalam.
SAMPAIKAN: Fatimah ( tengah) menyampaik­an cek sumbangan bernilai RM1,500 kepada wakil Persatuan Austatisti­k Kuching sempena Persidanga­n Pertama Inklusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia