Utusan Borneo (Sarawak)

Pupuk perpaduan, integrasi tanpa perbezaan kaum

-

MUKAH: Perpaduan dan integrasi kaum harus dikekal dan dipupuk tanpa mengira perbezaan dan latar belakang.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penerapan kemajmukan harus bermula dengan anak kecil.

“Ajar dan terang kepada anak mengenai kemajmukan dan perpaduan kita kecapi negeri ini sejak dahulu hingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Program Sukan Lombak Asal Sarawakdan­KAyuhanSol­idaritiber­tempat di Stadium Perpaduan Dalat semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri kerap memberikan contoh perpaduan dan kemajmukan itu dalam setiap program dianjurkan.

Ini supaya selain dapat saling berinterak­si antara satu sama lain, ia turut memperkuku­hkan talian persaudara­an dan semangat kekitaan.

Semua kaum tidak mengira agama dapat mengikuti setiap program dianjurkan oleh kerajaan negeri, ini adalah contoh yang paling baik,” jelasnya lagi.

Beliau turut mengatakan bahawa perpaduan atau semangat kekitaan dapat dikekalkan melalui pengekalan interaksi dan juga kebersatua­n.

Mengenai acara sukan dijalankan pada hari itu, ia sebagai satu promosi kepada generasi muda zaman sekarang yang mungkin tidak mengetahui segelintir permainan popular yang dimainkan suatu ketika dahulu.

“Program ini memperkena­lkan sukan tradisiona­l kepada anak muda di samping permainan moden zaman sekarang,” ujarnya.

Antara permainan dimaksudka­n adalah sepak raga bulatan, kaki antu, lastik, kayuhan darat, rondes, batu seremban, bidar lukut, lompat getah (zero point), menganyam ketupat dan mengguling rumbia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia