Utusan Borneo (Sarawak)

Komunikasi kini semakin maju, ahli persatuan perlu pertingkat diri untuk beri perkhidmat­an terbaik kepada komuniti

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Ahli persatuan khusus Persatuan Melanau Bintulu (PMB) perlu mengadapta­si perubahan sekali gus menjadipel­opordanpen­dukung dalam ekonomi digital yang diperkenal Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memberi perkhidmat­an kepada masyarakat setempat.

Menteri Integriti dan Ombudsman merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, komunikasi kini berubah dan lebih maju dalam menuntut ahli persatuan menghadapi perubahan serta memperting­kat diri supaya benar-benar dapat berkhidmat dengan baik kepada masyarakat.

“Perubahan itu penting supaya kita tidak ketinggala­n dalam persekitar­an semasa dan perlu memahami perubahan berlaku sama ada dalam pendidikan, persekitar­an kerja dan sebagainya,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Malam Amal Persatuan Melanau Bintulu (PMB) di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Hadir pada majlis itu, Pegawai Daerah Bintulu, Mataip Sayu; Penasihat 1 dan 2 PMB, Datu Mohidin Ishak dan Pemanca Rosli Kamaruddin; Yang Dipertua PMB, Shamsuddin Abdul Razak; Timbalanny­a, Ketua Kaum Kederi Junaidi; Temenggung Datuk Barry Yek; Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Serba Dinamik Holdings Berhad merangkap Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Bintulu, Abdul Kadier Sahib serta ahli-ahli Exco PMB.

Talib yakin ahli persatuan dan persatuan sendiri lebih mengetahui mengenai kead- aan serta perubahan berlaku melihat perbanding­an keadaan masa lalu dan masa sekarang serta masa hadapan.

Dalam perkembang­an lain, beliau menggesa agar ahli persatuan mengamalka­n integriti, amanah dan jujur, mengetepi amalan rasuah dalam menguruska­n persatuan mereka agar dapat terus maju.

“Saya melihat PMB mengamalka­n kepimpinan baik dan menjalan tugas diamanah dengan sempurna selain melaksanak­an banyak program. Teruskan reputasi anda sebagai organisasi baik tersebut,” katanya.

Berikutan pelaksanaa­n pro- gram dan projek betul oleh persatuan itu, beliau memberi jaminan untuk meneruskan sokongan dan memberi dana bantuan bagi menggerakk­an aktiviti persatuan tersebut.

Tegas Talib, beliau tidak mahu melihat persatuan jatuh miskin sehingga sukar untuk menggerakk­an akitiviti berikutan tindakan penyalahgu­naan sumber kewangan dalam persatuan.

Sementara itu, Shamsuddin berkata, pertemuan dalam program diadakan itu diharap menjadi landasan untuk mengukuh perpaduan, ukhuwah dan keharmonia­n dengan ahli-ahlinya serta masyarakat setempat.

“PMB juga diharap akan tetap utuh serta menjadi persatuan terbilang dan tersohor di negeri Sarawak,” ujarnya dalam ucapan aluan di majlis kali kedua pernah diadakan oleh PMB sejak tahun 2000.

Menyingkap kembali sejarah PMB, Shamsuddin berkata, dalam tak sedar PMB akan menjangkau usia 40 tahun pada tahun hadapan dan beberapa program serta aktiviti telah dirancang menyambut ulang tahun penubuhann­ya.

Katanya, bagimereal­isasikan hasrat itu, pihaknya memerlukan dana yang mencukupi dan Malam Amal merupakan antara usaha tersebut sekali gus sumbangan pelbagai pihak bukan sahaja akan digunakan untuk aktiviti PMB bahkan akan disumbang kepada Kompleks Kebajikan Anak-Anak Yatim Bintulu (PERYATIM) Bintulu.

 ??  ?? RASMI: Talib menggaul tepung sagu sambil dibancuh dengan air panas untuk membuat Na’aw (linut atau ambuyat) sebagai simbolik perasmian Malam Amal Persatuan Melanau Bintulu sambil disaksikan oleh Shamsuddin (tengah), Mohidin, Barry, Kadier (kiri),...
RASMI: Talib menggaul tepung sagu sambil dibancuh dengan air panas untuk membuat Na’aw (linut atau ambuyat) sebagai simbolik perasmian Malam Amal Persatuan Melanau Bintulu sambil disaksikan oleh Shamsuddin (tengah), Mohidin, Barry, Kadier (kiri),...
 ??  ?? KE ALAM DEWASA: Dr Abdul Rahman bersama tetamu lain bergambar dengan kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Perdana di Limbang, semalam.
KE ALAM DEWASA: Dr Abdul Rahman bersama tetamu lain bergambar dengan kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Perdana di Limbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia